Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee tekan pentingnya sistem dagangan berbilang berdasar aturan

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyatakan kepentingan sistem dagangan berbilang berdasarkan peraturan diperkukuhkan agar semua negara terus menikmati akses kepada komoditi bekalan, makanan dan pertanian semasa krisis, serta mempercepatkan sasaran mencapai sifar bersih secara kolektif.



Beliau menambah gelombang Covid-19 yang berulang di dunia dan peperangan berterusan Russia terhadap Ukraine telah memburukkan jaminan keselamatan makanan dan bekalan sejagat.



Beliau berkata demikian di sesi kerja pertama bagi Keselamatan Makanan dan Bekalan di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) pada hari pertama di Nusa Dua, Bali, semalam.



G20 terdiri daripada 20 negara maju dan membangun termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, Russia, Kesatuan Eropah, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Australia. Singapura bukan anggota G20 tetapi diundang ke sidang puncak itu.



Membentangkan tiga saranannya, PM Lee menyatakan keperluan mengukuhkan sistem dagangan berbilang berdasarkan peraturan.



"Singapura mengambil peranan kami sebagai hab logistik, pengangkutan dan bekalan dipercayai dengan serius. Kami tidak sabar bekerjasama dengan rakan lain untuk mengekalkan rantaian bekalan sejagat yang terbuka dan bebas,'' ujarnya.



Menjelaskan kepentingan mempercepat sasaran sifar bersih secara kolektif, beliau berkata perubahan iklim merupakan ancaman kepada keselamatan makanan dan bekalan dalam jangka panjang.



Mengongsi matlamat Singapura, beliau berkata Singapura sedang secara sistematik mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050.



"Kami akan meningkatkan cukai karbon dengan banyak. Kami juga akan melaksanakan Strategi Hidrogen Kebangsaan untuk menjadikan sektor kuasa tenaga mesra hijau. Kami akan bekerjasama dengan rakan serantau untuk membangunkan Grid Kuasa Asean, mempertingkatkan keterhubungan dan keselamatan bekalan serantau sementara kami menyokong usaha penyahkarbonan,'' jelasnya.



Menjelaskan saranan ketiga, Encik Lee menyatakan keperluan bagi negara-negara meningkatkan pembiayaan mampan.



Bagi mencapai matlamat, negara-negara perlu beralih ke pembiayaan mampan bagi membantu sektor yang sukar menyahkarbonkan atau beralih ke tenaga hijau.



Sebagai contoh, Mekanisme Peralihan Tenaga Bank Pembangunan Asia (ADB) membantu menyelaras penarikan balik loji berkuasa arang batu.



Untuk melakukannya, ia amat penting untuk mengerakkan modal swasta, manakala Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan menyuntik modal awal dalam Geran Rekaan Huraian Iklim Asia.



Dana itu akan menyediakan pembiayaan pembelajaran dalam huraian kewangan gabungan inovatif dan menggembleng modal dalam sektor sasaran dalam Asia.



Ia merupakan satu contoh bagaimana mereka boleh menyokong usaha untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta dalam projek prasarana kemampanan.



Membuka sidang itu semalam, Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, menggalak para pemimpin dunia untuk terus bekerjasama untuk menghasilkan "pencapaian konkrit, menyediakan dana untuk menangani pandemik hadapan melalui dana pandemik, dan membantu ruang fiskal negara berpendapatan rendah".



Kumpulan G20 yang juga meliputi negara seperti India, Arab Saudi dan Jerman, menyumbang lebih 80 peratus dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dan 75 peratus dagangan antarabangsa.



■ Sekitar Sidang Puncak G20






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >