Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee ucap tahniah

Feb 15, 2024 | 5:49 PM
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bertemu Menteri Pertahanan Indonesia Encik Prabowo Subianto semasa lawatannya ke Dialog Shangri-La di Singapura pada 2022.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bertemu Menteri Pertahanan Indonesia Encik Prabowo Subianto semasa lawatannya ke Dialog Shangri-La di Singapura pada 2022. - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, dan mengucapkan tahniah atas prestasi cemerlangnya dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Februari oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, kedua-dua pemimpin telah membincangkan keadaan hubungan dua hala yang sangat baik, dan bersetuju tentang kepentingan mengenal pasti bidang kerjasama baru dan saling menguntungkan.

Pada 14 Februari, Encik Subianto dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, meraih kemenangan menurut pengiraan pantas tidak rasmi.

Setakat 9.30 malam waktu Singapura, kedua-duanya telah memperoleh hampir 60 peratus undi selepas 75 hari berkempen dan tempoh bertenang selama tiga hari.

Encik Lee turut menghubungi Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, untuk mengucapkan tahniah atas kelancaran dan kejayaan Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Perundangan di Indonesia.

Kenyataan itu menambah, sepanjang tempoh kepimpinan Encik Lee dan Presiden Jokowi, kededua pemimpin telah mengukuhkan hubungan rapat antara Singapura dengan Indonesia melalui penyelesaian isu dua hala yang telah lama wujud.

Kedua-dua pemimpin juga telah melakarkan bidang kerjasama baru dalam kemampanan, ekonomi digital dan pembangunan modal insan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg