Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo panaskan kerusi untuk anak Jokowi, atau cipta imej sendiri sebagai presiden Indonesia?

Feb 15, 2024 | 02:09 PM



JAKARTA: Tercapai juga kemenangan akhirnya bagi Encik Prabowo Subianto, selepas keputusan kiraan pantas tidak rasmi dalam pilihan raya 14 Februari menunjukkan beliau memenangi jawatan presiden Indonesia dengan hampir 60 peratus undian.


Pada usia 72 tahun, Encik Prabowo adalah calon tertua dalam persaingan itu, percubaan ketiganya bagi jawatan presiden, selepas dua kali gagal menentang Presiden Joko Widodo, pada 2014 dan 2019.

Selepas kerjaya tentera yang penuh kontroversial, beliau menyertai politik pada 2004, dan telah terbukti berdaya tahan.

Pengalaman pertamanya dalam politik pilihan raya adalah pada 2009, apabila beliau berpasangan dengan presiden kelima, Cik Megawati Sukarnoputri sebagai calon naib presidennya. Tetapi mereka telah dikalahkan.

Setahun sebelum itu, pada 2008, Encik Prabowo mengasaskan parti politik Gerindra dan menjadi pengerusinya sejak 2014.

Di bawah kepimpinannya, Gerindra telah meningkat menjadi parti ketiga terbesar di Parlimen dengan 78 kerusi.

Dalam pilihan raya kali ini, beliau cuba mencipta semula dirinya, meninggalkan persona tenteranya yang tegas, dan menjadi seorang yang lebih mudah didekati.

Perhimpunan beliau memberi tenaga, menampilkan muzik yang menarik dan langkah uniknya berkait gerakan tarian comel atau ‘gemoy’, yang kini menjadi bahan kelas senaman Zumba di negara itu.


Walaupun beliau tidak menerima sebarang sokongan jelas daripada Encik Widodo, Encik Prabowo menikmati peningkatan populariti daripada pergaulannya dengan mantan pesaing politiknya itu, yang kini bertukar menjadi kawan, dan lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, yang mempunyai kadar kepimpinan melebihi 70 peratus.

Lima tahun telah berlalu, sejak Encik Prabowo dengan marah membantah keputusan pemilihan presiden 2019 yang memecahbelahkan penduduk Indonesia sehingga menyebabkan bantahan ganas di Jakarta selama dua hari. sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan ratusan lagi cedera dalam bantahan tersebut.

Dalam apa yang dipercayai secara meluas sebagai perdamaian politik, Encik Prabowo kemudiannya menjadi Menteri Pertahanan dalam Kabinet Encik Jokowi, jawatan yang dipikulnya pada 2019.

Encik Prabowo tanpa jemu menyatakan komitmennya untuk meneruskan pembangunan ekonomi dan projek prasarana warisan Encik Jokowi, yang bercita-cita tinggi, termasuk memindahkan ibu kota pentadbiran dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan Timur.

Beberapa penganalisis, bagaimanapun, mempersoalkan sama ada beliau akan kekal setia kepada Encik Jokowi dan, jika ya, untuk berapa lama.

“Berapa lama hubungan harmoni antara Encik Jokowi dengan Encik Prabowo ini akan bertahan?


“Hujung-hujungnya nanti Encik Gibran menjadi presiden, bukan naib presiden.


“Adakah Encik Gibran akan cukup sabar untuk menunggu 10 tahun (jika Encik Prabowo berkhidmat dua penggal presiden), atau berpisah di tengah jalan?” kata Encik Yoes Kenawas, zamil penyelidik di Universiti Katolik Atma Jaya, merujuk kepada pasangan calon Prabowo-Gibran.

Penganalisis telah memberi amaran bahawa pihak tentera mungkin kembali ke kehidupan awam di bawah pemerintahannya, walaupun mereka meragui Indonesia akan kembali kepada rejim Orde Baru yang menindas, seperti di bawah Encik Suharto.

“Dengan latar belakang ketenteraan Encik Prabowo… dasar yang akan dihasilkan jika beliau dipilih sebagai presiden, akan banyak memberi manfaat kepada tentera, atau sekurang-kurangnya akan mempunyai pengaruh besar dalam penggubalan dasar melalui Parlimen,” kata penyelidik kanan politik Sri Yanuarti, dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan, yang berpangkalan di Jakarta, lapor The Straits Times.


Buat masa ini, Encik Prabowo telah berikrar untuk melindungi rakyat.

Berucap kepada ribuan penyokong yang hadir di kompleks sukan tertutup untuk ucapan kemenangannya di Jakarta pada malam 14 Februari, beliau berkata:

“Kami akan menjadi presiden dan naib presiden untuk semua rakyat Indonesia... Apa jua suku, apa jua kumpulan etnik, apa jua kaum, agama, apa pun latar belakang sosial, menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kepentingan mereka.

“Kami akan himpunkan pasukan pemerintah yang terdiri daripada putera dan puteri bangsa Indonesia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >