Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Berita

PM Lee ucap tahniah kepada PM Timor Leste, Xanana Gusmao

Jul 02, 2023 | 03:10 PM



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Timor Leste, Encik Xanana Gusmao, yang telah kembali berkuasa selepas lapan tahun beliau meninggalkan tugasnya.

Encik Gusmao adalah Ketua Negara pertama Timor-Leste yang dipilih secara demokrasi.

Beliau telah berkhidmat sebagai Presiden dari 2002 hingga 2007. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebelum ini sepanjang dua penggal dari 2007 hingga 2015.   

“Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste.

“Saya yakin anda akan mengemudi Timor-Leste ke arah kemajuan yang lebih besar memandangkan pengalaman anda yang luas,” tulis Encik Lee. 

Encik Lee juga menjelaskan hubungan mesra yang dikongsi antara kedua-dua negara. 

“Hubungan antara kedua-dua negara terus berkembang, secara dua hala dan forum antarabangsa melalui platform seperti Forum Negara Kecil (FOSS) dan Perikatan Negara Kepulauan Kecil (AOSIS),” tambah beliau. 

Pada November 2022, diumumkan bahawa Timor-Leste akan diterima secara prinsip sebagai negara anggota ke-11 Asean. 

“Penyertaan sulung Timor-Leste sebagai pemerhati pada Sidang Puncak Asean ke-42 bulan lalu merupakan satu peristiwa bersejarah,” tambah Encik Lee. 

“Singapura akan terus menyokong Timor-Leste dalam persiapan bagi keanggotaan Asean, termasuk menerusi Pakej Sokongan Kesediaan Asean Singapura danTimor-Leste.” 

Mengakhiri suratnya, Encik Lee berkata bahawa beliau berharap dapat bekerjasama dengan Encik Gusmao untuk mengeratkan lagi persahabatan antara Singapura dengan Timor-Leste. 

“Anda sentiasa menjadi penyokong kuat hubungan lebih rapat antara kedua-dua negara kita. 

“Saya lagi ingat lawatan rasmi anda ke Singapura pada tahun 2013 di mana negara-negara kita telah menandatangani perjanjian perkhidmatan udara dua hala.

“Saya harap anda dan pemerintah anda akan mendapatkan setiap kejayaan, dan tidak sabar untuk bertemu dengan anda tidak lama lagi,” tulis beliau.   

Encik Gusmao, 77 tahun, adalah seorang ikon kemerdekaan.

Beliau diberi kepercayaan menyatukan Timor-Leste semasa dua penggal beliau memegang jawatan. 

Beliau meletak jawatan awal pada 2015, dan berkata sudah tiba masanya bagi generasi muda memimpin negara.   

Kepulangan beliau sebagai Perdana Menteri datang selepas partinya, Kongres Kebangsaan bagi Pembinaan Semula Timorese (CNRT), memenangi pilihan raya pada bulan Mei mengalahkan gabungan yang sedia ada yang diketuai oleh gerakan penentangan yang menjadi parti politik, Fretilin. 

Encik Gusmao dipilih sebagai Perdana Menteri lagi selepas CNRT bersekutu dengan Parti Demokratik untuk mendapat majoriti di Parlimen. 

Semasa ucapan perasmian itu, Encik Gusmao berkata: “Wawasan saya untuk rakyat adalah untuk mereka menjadi lebih makmur, berpendidikan, berkelayakan dan inovatif, untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengutamakan sektor produktif supaya kita boleh membina ekonomi yang lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >