Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Lee ucap takziah atas pemergian mantan PM China, Li Keqiang

Oct 28, 2023 | 03:30 PM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengirim kawat takziah kepada Perdana Menteri China, Encik Li Qiang di atas pemergian mantan Perdana Menteri negara tersebut, Encik Li Keqiang.

Encik Li meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat serangan jantung pada Jumaat kurang setahun selepas bersara daripada memegang jawatan Perdana Menteri selama sedekad.

“Encik Li adalah seorang negarawan yang berkhidmat untuk negaranya dengan dedikasi yang tinggi. Di bawah kepimpinannya, China mengatasi banyak cabaran, meneruskan pembaharuan dan keterbukaan di samping mencapai pembangunan ekonomi yang secara dramatik meningkatkan kehidupan rakyat China,” jelas Encik Lee, mewakili pemerintah Singapura dalam menyampaikan takziah.

Encik Lee menceritakan detik pertama bertemu Encik Li di Shenyang pada 2005, dan bagaimana mereka bekerja rapat selama ini untuk mengukuhkan perkongsian antara Singapura dan China. Beliau juga mengimbau lawatan rasmi Encik Li ke Singapura sebagai perdana menteri pada 2018, yang membawa pada kerjasama dua hala antara kedua-dua negara pada masa yang tepat.

Encik Lee juga berkongsi beberapa peristiwa penting dua hala semasa Encik Li memegang jawatan sebagai perdana menteri, yang secara kolektif mencerminkan “sikap berwawasan” yang ada pada hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Antara yang diusahakan termasuk termasuk pelaksanaan Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Kesalinghubungan Strategik, pelancaran Inisiatif Bandar Pintar Singapura-China (Shenzhen) dan protokol dinaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura

“Encik Li juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama Asean-China, mewakili China di Sidang Puncak Asean sejak sedekad lalu. Hari ini, Asean dan China adalah rakan dagang terbesar antara satu sama lain. Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau dan Perkongsian Strategik Menyeluruh Asean-China adalah antara sumbangan berterusan Encik Li kepada integrasi serantau,” tambah Encik Lee.

Dalam pada itu, ketika senja mula kelihatan menjengah di sebuah kampung terpencil di timur China pada Jumaat, kelihatan kumpulan kecil individu yang berkumpul di sekitar kawasan rumah desa berlumpur dan berjerami di desa Jiuzi untuk memberi penghormatan kepada Encik Li yang mendapat didikan sederhana di wilayah luar bandar Anhui.

Beberapa jambak bunga harum kelihatan diletakkan di dinding rumah keluarganya di kampung Jiuzi, daerah Dingyuan, tempat beliau tinggal sepanjang zaman persekolahannya.

“Li Keqiang adalah seorang Perdana Menteri yang peramah dan disayangi ramai di seluruh negara. Apabila saya mendengar berita itu, saya terkejut, tidak dapat menerima kebenaran. Saya kebetulan berada di sini di Dingyuan, kampung halamannya, dan datang ke sini untuk meratapi mantan Perdana Menteri kita yang dikasihi,” kata seorang lelaki yang cukup sebak kepada AFP.


Tidak dapat dipastikan sama ada sebilangan orang yang berpusu-pusu hadir dalam kapasiti rasmi, dengan timbunan bunga perlahan-lahan ditambah ketika petang berlalu pergi.

Sekumpulan kecil orang pula berkumpul, dengan beberapa individu meletakkan tandan kuning dan putih kekwa – simbol berkabung di China – dan kelihatan tunduk di hadapan rumah itu.

“Beliau telah melakukan banyak perkara baik untuk rakyat dan negara. Kami sangat berterima kasih kepadanya,” kata seorang lagi lelaki kepada AFP.

Mereka yang berkabung enggan memberi nama mereka atas sebab privasi.

Tiba dengan karangan bunga berdiri yang besar, seorang penghantar barang memberitahu AFP beliau bergegas ke situ dalam masa sejam memandangkan tidak ada kedai bunga yang lebih dekat untuk memenuhi permintaan ramai.

Suasana di persekitaran luar bandar itu kelihatannya jauh berbeza daripada suasana kota sibuk di Beijing di mana Encik Li menghabiskan sedekad lamanya sebagai pemimpin kedua tertinggi di China.


Encik Li dilaporkan masih mempunyai saudara-mara yang tinggal di Jiuzi, kawasan kecil yang dikelilingi ladang rumput kering, di mana tepian jalannya penuh dengan tanaman kacang yang dibiarkan kering.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >