Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Malaysia Anwar Ibrahim lawat S’pura esok

Jan 29, 2023 | 04:06 PM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan melakukan lawatan ke Singapura esok.


Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini selaku perdana menteri.


Beliau, yang juga Menteri Kewangan, akan ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).


“Lawatan Perdana Menteri Anwar ke Singapura menekankan hubungan erat dan lama antara Singapura dengan Malaysia, serta rakyat kita,” kata kementerian itu dalam kenyataanya.


Sebagai sebahagian daripada rangka lawatannya itu, beliau akan menghadiri majlis sambutan rasmi di Istana dan akan bertemu dengan Presiden Halimah Yacob.


Datuk Anwar juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang juga akan mengacarakan jamuan tengah hari rasmi untuk beliau.


MFA menambah bahawa Encik Lee dan Datuk Anwar juga akan menyaksikan acara menandatangani tiga perjanjian antara kedua-dua negara itu.


Ini termasuk dua Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau antara Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan Malaysia.


Kedua-dua negara itu juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama dalam Bidang Perlindungan Data Peribadi, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital antara Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dengan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia.


Datuk Anwar dan isteri juga akan menghadiri upacara penamaan hibrid orkid baru, yang akan dinamakan sebagai penghormatan kepada mereka.


Beliau akan diiringi Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil; Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg; dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >