Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PM M’sia mahu kerajaan fokus basmi miskin tegar

Aug 02, 2023 | 01:42 PM



SEMENYIH: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan seluruh barisan Kabinet dan pemimpin tempatan supaya tidak mengabaikan rakyat, terutama golongan miskin tegar.


Beliau berkata matlamat utama kerajaan ketika ini adalah menangani miskin tegar sepenuhnya di seluruh negara.

“Masih ramai rakyat negara ini dihimpit oleh masalah kemiskinan tegar sehingga ada yang tidak mampu membeli susu anak.

“Saya minta setiap menteri supaya berusaha mencari jalan segera agar mampu menoktahkan kemiskinan pada tahun ini,” katanya ketika menghadiri Siri Jelajah Perpaduan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Beranang, pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Anwar berkata setiap kepimpinan kerajaan diingatkan supaya jangan tidur lena sekiranya kemiskinan tegar masih belum diselesaikan.

“Tahun ini Kerajaan Perpaduan perlu menoktahkan kemiskinan kerana kita mahu masih ada keluarga Melayu yang tidak mampu membeli susu, malah ada anak India yang masih susah untuk membeli pakaian seragam (sekolah).

“Tahun ini, jentera kerajaan dan menteri-menteri perlu menoktahkan kemiskinan dalam negara. Jika tidak, pemimpin-pemimpin pun tidak akan tidur lena,” katanya.

Datuk Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), turut menegaskan kerangka Ekonomi Madani tidak berbaur perkauman kerana tindakan yang dilakukan kerajaan adalah untuk semua rakyat berbilang kaum.

Sementara itu, ketika menghadiri program sama di Tanjong Sepat, Sepang, Datuk Anwar mengakui kempen PRN menjadi pentas terbaik bagi pemimpin politik membentangkan hala tuju parti.

“Rakyat dan pengundi sudah matang serta cukup bijak dalam menilai setiap yang diperkatakan oleh pemimpin politik, sama ada ia membawa manfaat kepada kehidupan mereka dan negara atau sebaliknya.

“Saya mengingatkan pengundi di Selangor bahawa PRN adalah medan untuk rakyat memilih pemimpin yang mewakili parti politik dengan dasar membantu rakyat dan memakmurkan negeri,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos dengan undi awal pada 8 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >