Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

PM Najib usul kenyataan takziah di Parlimen Malaysia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PM Najib usul kenyataan takziah di Parlimen Malaysia

Apr 14, 2014 | 03:16 PM

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah membentangkan di Dewan Rakyat usul menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu mengenai tragedi MH370 pagi tadi.

Beliau berkata, usul itu merakamkan takziah kepada semua keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan kru pesawat tersebut.

Ia juga merakamkan penghargaan kepada negara luar yang membantu dalam pencarian pesawat itu.

"Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

"Apa yang perlu kita lakukan dalam mingguminggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya boleh kita mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi," kata Datuk Seri Najib, sebagaimana ditukil stesen l Astro Awani.

Beliau memberitahu dewan itu bahawa cadangan berkabung dan mengibarkan bendera separuh tiang antara cadangan yang diterima kerajaan.

Namun, kerajaan berpendapat objek dan serpihan pesawat itu perlu ditemui terlebih dahulu sebelum perkara tersebut dilakukan.

Sila lihat klip video PM Najib di Parlimen Malaysia: http://youtu.be/rSco04CKWvQ

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3