Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PM Sweden ‘amat bimbang’ jika aksi cemar Al-Quran berterusan

Jul 28, 2023 | 12:29 PM



STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Encik Ulf Kristersson, “amat bimbang” tentang akibat jika lebih banyak demonstrasi berterusan berikutan perbuatan mencemar Al-Quran, katanya pada Khamis, di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang semakin memuncak menyusuli siri serangan terhadap kitab suci Islam itu.


Perbuatan mencemar Al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung perasaan banyak negara Islam termasuk Turkey – yang sokongannya diperlukan oleh Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) – yang diharapkan oleh Stockholm berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022.

Encik Kristersson memberitahu Agensi Berita TT dari Sweden bahawa permintaan lanjut telah difailkan kepada polis untuk mendapatkan kebenaran mengadakan bantahan, berikutan ada lagi perbuatan pencemaran Al-Quran dirancang.


“Sekiranya (permohonan) mereka dibenarkan, kita akan menghadapi beberapa hari di mana terdapat risiko jelas berlaku sesuatu yang serius. Saya sangat bimbang tentang apa yang boleh berlaku,” katanya.

Kedutaan Sweden di Baghdad telah diserang dan dibakar pada 20 Julai oleh penunjuk perasaan yang marah terhadap perbuatan pembakaran Al-Quran yang dirancang.

Encik Kristersson berkata, keputusan sama ada akan memberi kebenaran untuk demonstrasi terpulang kepada pihak polis.

Perkhidmatan keselamatan Sweden, Sapo, tetap dengan penilaiannya terhadap tahap ancaman – 3 pada skala 5 – menandakan “ancaman tinggi” semasa krisis, tetapi ketuanya berkata terdapat reaksi yang kuat terhadap peristiwa baru-baru ini.

“Sweden telah berubah daripada dilihat sebagai negara yang bertolak ansur kepada negara anti-Islam,” kata Cik Charlotte von Essen kepada pemberita pada Khamis.

Denmark dan Sweden menyatakan mereka kesal dengan perbuatan membakar Al-Quran tetapi tidak boleh menghalangnya di bawah peraturan yang melindungi kebebasan bersuara.

Sweden telah menuduh negara lain, seperti Russia, memanipulasi krisis untuk merosakkan kepentingannya dan usahanya menyertai Nato.

“Di sesetengah negara, terdapat persepsi bahawa negara Sweden berada di belakang atau membenarkan perkara ini. Pada hal kami tidak,” kata Menteri Luar Sweden, Encik Tobias Billstrom, kepada pemberita pada Khamis.

“Ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh individu, tetapi mereka melakukannya di sebalik undang-undang kebebasan bersuara,” katanya.

Encik Billstrom berkata, beliau telah berhubung dengan menteri luar Iran, Iraq, Algeria dan Lebanon antara lain, serta setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai krisis semasa.

“Dan nantinya, saya akan bercakap dengan setiausaha agung Muktamar Islam,” kata Encik Billstrom.

“Kami akan membincangkan isu-isu ini dan penting untuk menekankan bahawa ini adalah isu jangka panjang, tidak ada penyelesaian segera,” katanya.

Kerajaan berdepan soal mengimbangi dalam mempertahankan undang-undang kebebasan bersuara yang meluas dan mengelak potensi penghinaan terhadap umat Islam.

Kedudukannya tidak dipermudah dengan Demokrat Sweden yang antiimigresen, yang sokongannya mengekalkan pakatan berhaluan kanan-tengah yang berkuasa, walaupun parti itu bukan sebahagian daripada kerajaan secara rasmi.

Ahli Demokrat Sweden, parti terbesar, telah berulang kali memberi amaran tentang “pengislaman” masyarakat Sweden dan menyeru agar pendatang mengamalkan nilai-nilai “Sweden”. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >