Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PN bakal tubuhkan kumpulan pemantau blok pembangkang

Tugas termasuk adakan mekanisme semak dan imbang bagi pastikan kerajaan penuhi jangkaan
Jan 05, 2023 | 04:25 PM



KUALA LUMPUR: Pembangkang akan mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang kukuh bagi memastikan kerajaan dapat memenuhi jangkaan pelbagai pihak.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan kumpulan pemantau dalam kalangan blok pembangkang itu menjelang minggu depan, yang bertanggungjawab mengawasi setiap menteri dan mengkritik mereka jika gagal menguruskan isu nasional dengan baik.


Ahli Parlimen Larut itu berkata kumpulan pemantau berkenaan akan turut membawa idea baru dan mengusulkan penyelesaian bagi isu yang memerlukan perhatian, jika anggota kerajaan gagal memberi maklum balas secepat mungkin dan mampu menyelesaikan masalah.


Menurut Datuk Hamzah, wakil kumpulan pemantau itu juga sedia bertemu media, khususnya jika pihak menteri dan timbalan menteri gagal memberi maklum balas kepada persoalan yang dibangkitkan pembangkang, sekali gus menjadi sumber maklumat alternatif untuk media.


“PN mahu menjadi blok pembangkang yang berkhidmat untuk negara dan kepentingan rakyat. Kami bekerja untuk rakyat dan akan memastikan segala perkara berjalan selaras dengan dasar kerajaan.


“Jika dasar tidak diuruskan dengan baik, kami pasti akan mempersoalkannya demi kebaikan negara,” katanya, memaklumkan perkara itu akan dibincang oleh pimpinan PN dalam masa terdekat. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >