Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PN-PAS terus berkuasa di Kedah, gagalkan impian PH-BN

Aug 12, 2023 | 10:09 PM



Perikatan Nasional (PN) memenuhi jangkaan ramai dengan mencatat kemenangan besar di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos, sekali gus menggagalkan impian Kerajaan Perpaduan untuk merampas semula negeri itu.

Setakat waktu cetak akhbar ini pada 10 malam Sabtu, PN – gabungan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) – yang mula berkuasa di Kedah pada 2020, dilaporkan memenangi majoriti mudah 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Kedah, menurut keputusan tidak rasmi.

Untuk membentuk kerajaan, mereka hanya memerlukan majoriti 19 kerusi.

Menteri Besar sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, mendahului senarai calon PN-PAS yang menang dengan mengalahkan pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, di DUN Jeneri.

Lima DUN paling awal yang memberikan kemenangan PN di Kedah adalah Sungai Limau, Guar Chempedak, Alor Mengkudu, Merbau Pulas dan Jitra.

Di DUN Alor Mengkudu, calon PN, yang juga bekas pemain bola sepak terkenal Kedah, Encik Radhi Mat Din, mengalahkan calon PH, Datuk Mahfuz Omar.

Awal dari itu pada sebelah pagi, Datuk Sanusi melahirkan keyakinan tidak sukar bagi PN untuk menang dalam PRN kali ini.

Menjawab soalan pertama yang diajukan Berita Harian ketika ditemui di pusat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bandar Beris Jaya sekitar 11 pagi pada Sabtu, Datuk Sanusi berkata dengan penuh yakin:


“Saya rasa tak sukar untuk menang... Tidak ada gemuruh, gementar... Biasanya tak gemuruh tak gementar itu tanda-tanda menang.

“Pagi ini alhamdulillah, saya lihat ramai orang keluar mengundi awal, ramai yang dah buat posting keluar mengundi... Anak-anak yang balik dari jauh dah mengundi.


“Kita pantau bukan hari ini sahaja (12 Ogos), malah sejak dua tiga hari yang lalu gelombang sambutan amat baik dan saya harap ia diterjemah ke kertas undi.”

Menurut Datuk Sanusi, sebagai calon yang bertanding, beliau berharap partinya akan menang.

“Tetapi saya nampak harapan cerah daripada perkembangan beberapa hari lepas... ada petunjuk-petunjuk bahawa akan berlaku gelombang yang besar, lebih besar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (pada November 2022), khususnya di Kedah, Selangor.”

Beliau menambah “(akan) berlaku kejutan juga di Pulau Pinang dan (akan) berlaku kebangkitan di Negeri Sembilan”.

“Kedah dan Kelantan tak payah cakaplah, itu negeri-negeri yang selamat untuk Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan PN,” kata Datuk Sanusi ketika ditemui pemberita.

Ditanya mengenai potensi PN secara keseluruhan di enam negeri yang berdepan PRN, Datuk Sanusi berkata akan wujud beberapa tokoh besar yang tumbang.

“Seluruh negeri yang menghadapi PRN15, saya nampak gelombang PN itu besar dan akan ada beberapa kejutan di beberapa negeri.

“Setidak-tidaknya di beberapa DUN, tokoh-tokoh besar PH-BN akan tumbang dan beberapa calon bukan pilihan PN akan menang, kita tunggulah malam ini (Sabtu),” ujar beliau.

Ketika ditanya adakah beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar (MB) sekiranya PN menang malam ini, beliau berkata perkara itu adalah satu proses berlainan yang akan diputuskan kelak.

Datuk Sanusi memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 selepas menewaskan penyandang BN, Encik Mahadzir Abdul Hamid, dan calon Pakatan Harapan (PH), Encik Mohd Nazri Abu Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >