Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PN usaha susun 'Kabinet bayangan', mahu jadi pembangkang konstruktif

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyusun 'Kabinet bayangan' dengan kepakaran dimiliki gabungan itu akan bertindak sebagai semak dan imbang kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).



Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Khairil Nizam Khirudin (gambar), berkata PN bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia, demi menjamin kemaslahatan negara.



Beliau juga optimis kerjasama antara kerajaan dan pembangkang boleh terjalin sepertimana sebelum ini untuk bersama-sama menyelesaikan masalah negara dan mengangkat Malaysia kembali ke persada dunia.



"Kita dalam usaha menyusun 'Kabinet bayangan' atau kepakaran melalui kementerian-kementerian. Apatah lagi, kita pernah memimpin sebelum ini di bawah kerajaan PN dan kerajaan Keluarga Malaysia.



"Saya yakin template (acuan) yang sama juga akan dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk kita mewujudkan satu kekuatan yang ampuh," katanya ketika bercakap pada program bual bicara di sebuah stesen televisyen malam tadi.



Encik Khairil Nizam berkata, selain sokongan kepada Kabinet, pembangkang juga boleh memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda transformasi Parlimen. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >