Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PN yakin tawan Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Aug 24, 2023 | 03:20 PM



JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) yakin momentum kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos lalu, akan menular ke Johor sekali gus membawa kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.


Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata apa yang perlu digerakkan PN ialah usaha menambat hati lebih 90 peratus pengundi Melayu untuk keluar mengundi pada 9 September nanti bagi membolehkan calon PN mengisi kekosongan dua kerusi berkenaan.

“Dalam situasi dan keadaan politik negara ketika ini, PRK di dua kawasan ini mempunyai signifikan atau impak tersendiri. PRK ini diadakan selepas PRN enam negeri yang menyaksikan PN menang 146 kerusi berbanding 245 kerusi dipertandingkan atau 60 peratus jumlah kerusi.

“Oleh itu, kita jangkakan Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan momentum gelombang PN menerobos negeri kelahiran Umno ini sebagaimana yang melanda enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika PRN.

“Ia juga adalah sebagai referendum atau pungutan suara rakyat bukan sahaja di enam negeri PRN lalu, malah akan dibuktikan pengundi di dua PRK di Johor,” katanya selepas majlis pengumuman calon PN bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, di Bilik Gerakan Utama PN Pulai, Johor seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia pada Rabu.

PN menamakan usahawan berasal dari Tampoi, Johor, Encik Zulkifli Jaafar dan pakar bedah, Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon gabungan itu, masing-masing bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan mantan Perdana Menteri, berkata Pulai yang dahulunya kawasan hitam bagi PN kini berpotensi bertukar putih dengan peluang untuk menang tinggi.

“Kita sudah melalui banyak pilihan raya dan ini tidak mustahil meskipun analisis kawasan sebelum ini menunjukkan kawasan hitam, jika kita berjaya memujuk dan mendapat sokongan 90 peratus daripada pengundi Melayu, kita yakin boleh menang,” katanya.

Sementara itu di Muar, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata DUN Simpang Jeram akan menjadi pintu masuk serta pencetus kepada gelombang PN sebelum bertapak di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

“Gelombang yang tercetus dalam PRN lalu akan melanda Johor sampai ke Singapura. Saya dah beritahu tadi sampai ke hujung.

“Johor tidak terkecuali dengan permulaannya di Simpang Jeram sebelum kita mengambil alih negeri dalam tempoh dua tahun setengah lagi,” katanya selepas Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN di Markas PAS Bakri, pada malam Rabu.

Datuk Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, berkata PRK itu amat besar ertinya kepada politik Malaysia bukan sahaja untuk rakyat Johor, tetapi memberi isyarat supaya Malaysia dapat diselamatkan daripada tangan rakus.

“Isyarat akan bermula di Simpang Jeram, Insya-Allah bangsa Johor boleh mengajar penipu untuk berhenti daripada berkata-kata.

“Gelombang PN telah melanda di Pantai Timur, Utara dan turun ke Selatan tanah air, dan saya yakin Simpan Jeram serta Pulai ini akan menjadi penentu penting untuk kita hantar mesej kepada Perdana Menteri.

“Bukan perkara mustahil benda ini boleh berlaku, siapa sangka negeri terkuat DAP di dunia, Pulau Pinang kalah 11 kerusi...tiada siapa menyangka tapi saya tahulah sebab jiran saya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >