Polis Australia tahan dua remaja yang rancang serangan ganas
Oct 14, 2016 | 05:30 AM
SYDNEY: Polis Australia semalam mendakwa dua remaja lelaki berusia 16 tahun kerana merancang serangan ganas, dipercayai atas dorongan militan IS.
Kededua remaja, yang diberkas di barat Sydney, didapati membawa dua pisau walaupun polis Australia berkata sasaran sebenar tidak diketahui.