Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Hong Kong tembak mati lelaki bersenjata pisau

Jan 16, 2026 | 5:22 PM
Seorang lelaki, 34 tahun, yang bersenjatakan pisau daging telah ditembak mati oleh polis Hong Kong, setelah menahan seorang wanita di sebuah pusat beli-belah di Hong Kong.
Seorang lelaki, 34 tahun, yang bersenjatakan pisau daging telah ditembak mati oleh polis Hong Kong, setelah menahan seorang wanita di sebuah pusat beli-belah di Hong Kong. - Foto TANGKAP LAYAR THREADS/HOMANFAT1007

HONG KONG: Polis Hong Kong telah menembak mati seorang lelaki bersenjatakan pisau daging yang menahan seorang wanita di sebuah pusat beli-belah di sana.

Dalam satu video yang dimuat naik di Threads oleh homanfat1007 pada 15 Januari, kedengaran dua das tembakan dilepaskan ke arah lelaki berkenaan yang telah mengacukan sebilah pisau daging.

Menurut satu video yang dimuat naik oleh The Straits Times (ST) di TikTok pada 16 Januari, lelaki tersebut telah mencuri sebilah pisau daging sepanjang 30 sentimeter dari sebuah kedai berhampiran sejurus sebelum mengancam orang awam.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikesan oleh seorang kakitangan sebuah kedai yang kemudian memaklumkan polis.

Polis mendedahkan bahawa lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah serta kaitan dengan kongsi gelap di Hong Kong.

Dia disahkan meninggal dunia di hospital. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg