Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Polis Indonesia rampas senjata api, peluru daripada lelaki disyaki militan

Aug 15, 2023 | 01:07 PM



JAKARTA: Polis daripada pasukan antipengganasan Indonesia telah merampas 18 senjata api dan sejumlah besar peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat, pada Isnin.


Operasi itu juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang disyaki militan.

Individu yang dikenali sebagai DE, 28 tahun, dilaporkan merupakan pekerja syarikat kereta api milik pemerintah Kereta Api Indonesia (KAI).

Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Karyoto, yang mengunjungi tempat kejadian pada sebelah petang, berkata penyiasat juga menemui bendera yang mengandungi simbol rangkaian pengganas global, ISIS.

“Kami telah merampas senjata api dan adalah penting untuk menekankan bahawa ini bukan mainan semata-mata. Tambahan pula, kami menemui sejumlah besar peluru – sebutir peluru berpotensi mendatangkan bahaya atau membawa maut,” kata Encik Karyoto kepada pemberita di kompleks perumahan Pesona Anggrek Harapan, lokasi serbuan itu dijalankan.

“Saya mengulangi seruan agar masyarakat sentiasa berwaspada dan memerhatikan persekitaran mereka, terutamanya apabila jiran baru tiba,” tambahnya.

Suspek hanya tinggal di rumah itu selama enam bulan, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, dan ibu bapa mentuanya, kata ketua kawasan kejiranan Encik Ichwanul Muslimin ketika di tempat kejadian.

“Dia bekerja di syarikat milik pemerintah KAI,” kata Encik Ichwanul mengenai suspek, yang disifatkannya sebagai seorang yang pendiam.

Dia salah seorang pendukung ISIS yang aktif melakukan propaganda di media sosial dan sering memberikan motivasi untuk melakukan jihad dan mengajak untuk bersatu dalam tujuan jihad melalui wadah Facebook.

DE telah memuat naik poster yang mengikat baiat kepada Abu Al Husain Al Husaini Al Quraisy, pemimpin kelompok ISIS, dalam bahasa Indonesia dan Arab.

Dia juga terlibat dalam pengumpulan dana untuk mendukung kegiatan terrorisme. Individu tersebut juga berperanan sebagai pentadbir dan pencipta beberapa saluran Telegram, termasuk filem dokumentari dan berita utama tentang terrorisme.

Kandungan itu tidak hanya mengenai pengganasan global, tetapi juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha Korporat KAI, Encik Agus Dwinanto Budiadji, memberi jaminan bahawa pihaknya memberi sokongan penuh terhadap siasatan polis.

Beliau turut menekankan bahawa “tiada ruang untuk kegiatan jenayah dalam syarikat, terutamanya pengganasan”.

“KAI komited untuk membasmi pengganasan dalam syarikat secara konsisten dengan menggalak integriti kerja dan nasionalisme dalam kalangan semua pekerja sambil meningkatkan mekanisme kawalan,” kata Encik Agus yang dipetik Jakarta Globe sebagai menyatakan demikian.


Sejak September 2021, KAI telah menjalin usaha sama dengan Badan Pencegahan Pengganas Kebangsaan (BNPT) untuk mencegah penyebaran radikalisme dalam kalangan pekerjanya, tambahnya.

Pada Mei lalu, polis telah memberkas beberapa suspek anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang dipercayai merancang melakukan serangan ganas semasa sambutan hari kemerdekaan Indonesia.

Polis percaya mereka merupakan anngota JI yang bertanggungjawab ke atas serangan bom di Bali.

Pasukan antipengganasan Indonesia telah mengumpulkan seramai 53 individu yang disyaki pelampau di beberapa wilayah Indonesia dalam operasi yang dijalankan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >