Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis Indonesia tahan kapten feri karam, hampir 80 maut
Polis Indonesia tahan kapten feri karam, hampir 80 maut
JAKARTA: Polis Indonesia menahan kapten sebuah feri penumpang yang karam di Laut Jawa pada September lalu, mengorbankan hampir 80 orang, kata jurucakap polis pada 1 Oktober.
Jurucakap Polis Nasional Indonesia, Encik Trunoyudo Wisnu Andiko, berkata kapten feri itu ditahan ketika operasi mencari mangsa memasuki minggu ketiga.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai penahanan itu atau kemungkinan pertuduhan yang akan dikenakan terhadap kapten berkenaan.
Feri tersebut membawa 213 penumpang dan 30 anak kapal ketika terputus hubungan selepas berlepas dari Surabaya di Jawa Timur menuju ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan puluhan penumpang kekal disenaraikan sebagai hilang.
Setakat ini, 108 orang berjaya diselamatkan, manakala hampir 80 mangsa disahkan terkorban.
Kemalangan laut sering berlaku di Indonesia, sebuah negara kepulauan yang mempunyai lebih 17,000 pulau dan sangat bergantung kepada pengangkutan laut bagi perjalanan harian serta kegiatan pelancongan.
Tahap keselamatan yang lemah dan keadaan cuaca yang sukar diramal sering dikaitkan dengan kemalangan laut di negara itu. – AFP