KUALA LUMPUR: Kumpulan pengganas IS semakin agresif dalam menyebarkan ideologi mereka, kata Bahagian Anti-Pengganasan Cawangan Khas Bukit Aman semalam.
Ketua penolong pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kumpulan itu bertekad menyebarkan ideologi militan dan keganasan serta merekrut ahli baru dalam kalangan rakyat Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.