IPOH: Polis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri Kamaruddin, yang dilapor sebagai antara pemimpin militan Kumpulan Negara Islam (IS) di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kita tahu di mana dia berada dan sedang memantau rapi pergerakannya," katanya, lapor Berita Harian Online Malaysia semalam.