JAKARTA: Jiran tetangga yang mengenali Yayat Cahdiyat, pengganas yang dibunuh polis selepas meletupkan bom di Bandung, mengenali lelaki itu sebagai orang yang baik yang menjual aksesori rambut dan mainan di beberapa sekolah dalam kawasan Cianjur, Jawa Barat.
Yayat meletupkan bom yang disembunyikan dalam periuk di taman awam Bandung sebelum melarikan diri ke bangunan pemerintah Pejabat Daerah Arjuna lalu cuba membakarnya. Namun, polis menembak Yayat, yang kemudian mati dalam perjalanan ke hospital.