Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harap ‘pesta demokrasi’ M’sia berjalan aman, tanpa heret isu raja, kaum, agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Harap ‘pesta demokrasi’ M’sia berjalan aman, tanpa heret isu raja, kaum, agama

Jul 16, 2023 | 05:20 PM



Malaysia sekali lagi akan berpesta demokrasi, selepas baru tujuh bulan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Ramai antara kita di Singapura yang berminat mengikuti perkembangan di negara jiran, termasuk pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos di enam negeri, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai.

PRN itu bakal diadakan di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Daripada enam negeri itu, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat federal, sebelum ini menguasai Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang. Sementara gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menguasai Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Pertarungan politik kali ini adalah pertandingan langsung antara blok kerajaan federal PH-BN dengan blok pembangkang PN.

Pilihan raya di enam negeri itu tidak dilakukan seiring dengan PRU15 lalu atas alasan kerajaan negeri masing-masing mahu menghabiskan mandat lima tahun yang diberikan rakyat.

Namun difahamkan, sebab utamanya adalah kerajaan enam negeri itu, yang diterajui PH dan PN, tidak bersetuju dengan keputusan BN, ketika itu menerajui kerajaan federal, yang mahu membubarkan lebih awal kerajaan tersebut dan mengadakan PRU lebih awal dari tempoh mandat pemerintahan selama lima tahun.

BN mahu melakukan pilihan raya awal kerana menjangka sokongan rakyat kepada gabungan parti itu agak kukuh selepas kemenangan besar yang diraih BN semasa PRN Johor dan Melaka pada Mac 2022, dengan BN, khususnya Umno, meraih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang banyak di dua negeri itu. PH dan PN pula mengalami kekalahan agak besar dalam PRN dua negeri itu.

Ini mendorong keyakinan lebih tinggi dalam kalangan pemimpin Umno untuk mempercepatkan PRU15 dan membubarkan Parlimen demi memanfaatkan segera sokongan besar yang diterimanya dalam PRN itu.

Namun, keputusan PRU15 jauh daripada apa yang diharapkan BN dengan gabungan parti itu hanya meraih 30 kerusi Parlimen sahaja di PRU15, sekali gus tidak dapat menerajui sebarang kerajaan campuran, apatah lagi membentuk kerajaan Malaysia secara sendirian. Umno menang 26 daripada 30 kerusi tersebut.

Akhirnya, BN terpaksa menyertai PH, bersama gabungan parti lain di Sarawak dan Sabah seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan beberapa parti kecil lain, atas permintaan Yang di-Pertuan Agong, untuk membentuk Kerajaan Perpaduan yang diterajui pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PN telah diminta bergabung dengan PH oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan secara bersama, namun ia enggan berbuat demikian kerana ada keyakinan bahawa ia boleh membentuk kerajaan secara sendirian ekoran dakwaan ada sokongan daripada Anggota Parlimen (AP) Umno/BN yang mahu menyertai PN.

Namun sokongan itu tidak menjadi kenyataan, dan PN menjadi pembangkang dengan merangkumi AP daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Satu perkara menarik dalam PRN kali ini adalah BN, terutama parti komponen utamanya Umno, yang menjadi seteru PH dan PN semasa PRU15, kini menjadi rakan kerjasama PH buat kali pertama. Ini merupakan kerjasama yang belum pernah berlaku sebelum PRU15.

Malah, kerjasama Umno dengan salah satu komponen PH, iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP), memang tidak pernah dijangkakan sebelum ini. Sebilangan pemimpin dan akar umbi Umno telah mempersoal kerjasama dengan DAP yang pernah dianggapnya seteru utama.

Namun, keadaan politik Malaysia yang sentiasa berubah-ubah menghasilkan kerjasama yang tidak pernah dijangkakan. Berlakunya Parlimen tergantung sejurus PRU15 telah memaksa parti politik Malaysia menyusun semula penjajaran mereka demi kemantapan politik, selain kelangsungan parti masing-masing.

Berbalik kepada PRN kali ini, apa yang diharapkan adalah semoga dapat diadakan pertandingan pilihan raya yang mungkin penuh persaingan, namun kekal sihat dan adil.

Isu sensitif yang berkaitan tiga ‘R’ (royalty, race and religion) atau raja, kaum dan agama, tidak harus diapi-apikan sehingga menjejas keharmonian dan perpaduan dalam kalangan lebih 33 juta rakyat negara itu.

Permainan tidak bertanggungjawab isu itu demi hanya untuk meraih sokongan dan undi boleh memberi lebih banyak keburukan dalam jangka pendek dan jangka panjang.

Kini, sudah pun ada suara-suara pemimpin politik yang sering menggunakan isu 3R itu kepada penyokong mereka semata-mata untuk mendapat sokongan, tanpa memikirkan kesan kenyataan mereka.

Ini sehingga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Anwar, memberi amaran terakhir bahawa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Malaysia akan memantau semua isu berkaitan 3R yang dibangkitkan, dan akan mengambil tindakan tegas jika ada pihak, tanpa mengira pangkat dan kedudukan, didapati menimbulkan huru-hara dan mengorbankan kepentingan rakyat pelbagai kaum serta agama di negara itu.

Malah, beliau menjelaskan isu 3R itu juga mendapat perhatian Majlis Raja-Raja yang telah menggesa “supaya Malaysia diselamatkan daripada kelompok yang sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat dan menimbulkan huru-hara serta perpecahan”.

Semoga PRN di Malaysia berjalan dengan penuh lancar dan tenteram, dengan penduduknya meraikan proses demokrasi itu yang seharus dijunjung dan dimanfaatkan secara aman dan harmoni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >