Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Polis pertingkat langkah keselamatan; beri amaran elak hasutan

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Disebabkan ketidaktentuan keadaan akibat keputusan pilihan raya umum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam, mulai malam kelmarin.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata langkah mengadakan sekatan jalan raya ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan kehadiran polis.



"Langkah ini bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.



"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tidak ada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari," katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya, terutama pada waktu sibuk.



"Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal," katanya.



Polis juga memberi amaran kepada orang ramai, terutama pengguna media sosial, supaya tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.



Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kandungan itu sama ada melalui hantaran, perkongsian apa-apa bentuk teks atau video atau audio yang membabitkan institusi raja, agama dan kaum.



Katanya, selain itu, perbuatan tidak bertanggungjawab yang membabitkan hasutan, fitnah, penghinaan, perkataan jelek, lucah dan sebagainya tidak wajar disebarkan.



"Ia dikategorikan sebagai 'hate contents' (kandungan mengandungi kebencian) yang boleh mendatangkan kegusaran awam atau menggugat ketenteraman awam...



"Jika siasatan mendapati ada kesalahan, pesalah akan dituduh di mahkamah dan mungkin menerima hukuman setimpal," katanya dalam kenyataan hari ini.



Justeru, Datuk Seri Ramli berkata, polis mengingatkan semua pengguna media sosial supaya lebih bertanggungjawab serta memikirkan risiko dan implikasi yang akan ditanggung sebelum memberi pendapat yang berbaur kesalahan jenayah.



Katanya, pihaknya sentiasa bersiap sedia memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin dalam tempoh pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >