Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis serbu 1,785 lokasi judi dalam talian, tanpa lesen seluruh M’sia

Oct 12, 2023 | 11:17 AM



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu 1,785 lokasi aktif menjalankan judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen dalam Op Dadu Khas di seluruh negara, dari 22 September hingga 5 Oktober.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dalam 735 serbuan itu, 7,761 individu diperiksa berkaitan judi dalam talian.

Daripada bilangan itu, 802 ditahan, termasuk 144 wanita.

“Bagi loteri awam tanpa lesen pula, sebanyak 1,050 serbuan dilakukan dan pemeriksaan membabitkan 1,069 individu termasuk 901 lelaki,” katanya pada satu sidang media pada Rabu, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Mohd Shuhaily berkata serbuan tertinggi bagi kes judi dalam talian direkodkan oleh kontinjen Sarawak dengan 151 serbuan, diikuti Pulau Pinang (95) dan Selangor (83).

Serbuan tertinggi bagi loteri awam tanpa lesen direkodkan oleh kontinjen Johor dengan 179 serbuan, diikuti Selangor (141) dan Perak (102).

“Dalam konteks rampasan judi dalam talian, ia membabitkan wang tunai sebanyak RM108,325 ($31,253) dan 20 unit modem, router (12 unit), tablet (3), laptop (1), telefon bimbit (792) membawa kepada nilai anggaran RM513,025.


“Selain itu, rampasan loteri awam tanpa lesen membabitkan wang tunai berjumlah RM161,426, diikuti alat pencetak mudah alih (467 unit) dan telefon bimbit (907), menjadikan rampasan keseluruhan RM679,816,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa 735 kertas siasatan membabitkan judi dalam talian dibuka.

Sebanyak 123 daripadanya dituduh di mahkamah, manakala 31 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan 581 lagi masih dalam tindakan pegawai penyiasat.

“Bagi judi ekor pula, 1,050 kertas siasatan dibuka. Sebanyak 257 daripadanya telah dituduh di mahkamah manakala 12 diklasifikasikan sebagai NFA. Selain itu, 781 lagi masih dalam tindakan pegawai penyiasat,” katanya.

“Kerajaan dianggarkan kerugian RM13 juta daripada hasil perjudian haram menerusi Op Dadu Khas yang dijalankan selama dua minggu ini sahaja.


“Kami turut mendapati beberapa modus operandi terbaru yang dilakukan sindiket bagi menyukarkan tuduhan, seperti mewujudkan orang tengah dan pelaku pula tidak pernah melihat orang tengah ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >