Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis siasat insiden tembak relawan kempen Prabowo

Dec 28, 2023 | 04:31 PM



JAKARTA: Polis Jawa Timur sedang menyiasat kes tembakan pada 21 Disember, terhadap seorang sukarelawan kempen pasukan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka, di Kabupaten Sampang, Madura, Jawa Timur.


Mangsa, Encik Muarah, 49 tahun, dilaporkan sedang minum kopi dengan kenalannya di hadapan sebuah kedai pada 9.30 pagi, apabila beliau dihampiri dua lelaki memakai topi keledar dan penutup muka, menunggang motosikal jenis Yamaha NMAX.

Dua penyerang yang tidak dikenali itu didakwa melepaskan dua das tembakan dan mengena perut mangsa.

Encik Muarah dikejarkan ke hospital terdekat, sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Wilayah Dr Soetomo di Surabaya, lapor The Jakarta Post.


Jurucakap Polis Jawa Timur, Encik Dirmanto berkata, polis sedang membentuk pasukan petugas khas, untuk segera menyelesaikan kes itu dan menangkap pelakunya.

Leftenan Jeneral (Bersara) Sjafrie Sjamsoedin, ahli lembaga penasihat pasukan kempen Prabowo-Gibran, mengesahkan kejadian tembakan melibatkan salah seorang sukarelawannya.

“Memang (Muarah) adalah sukarelawan untuk Pak Prabowo dan Pak Gibran. Beliau sedang dalam rawatan,” kata Encik Sjafrie pada 25 Disember ketika melawat mangsa di hospital Surabaya, seperti yang dipetik laman Kumparan.com.

Encik Sjafrie juga berkata keadaan Encik Muarah semakin stabil selepas menjalani pembedahan, di mana dua kepingan logam telah dikeluarkan.

“Kami juga sangat terkejut dengan kejadian ini yang berlaku semasa perayaan demokrasi yang selamat, aman, meriah. Kami benar-benar sangat terkejut,” tambahnya.

Secara berasingan, pengurus kempen kebangsaan Encik Prabowo, Encik Rosan Roeslani berkata beliau sedang berkoordinasi dengan Polis, Tentera Negara Indonesia (TNI) dan pentadbiran tempatan untuk menyiasat kejadian tembakan itu.

“Walau apa pun motifnya, kejadian ini adalah satu jenayah yang mesti dikutuk dan tidak boleh dibiarkan oleh mana-mana calon atau rakyat,” kata Encik Rosan, dipetik detikNews.

“Kita mesti berjuang bersama-sama menentang tindakan yang menimbulkan kebencian, perpecahan dan kemudaratan kepada masyarakat.

“Kita mesti mengekalkan pilihan raya yang bersih, menghiburkan dan bermanfaat untuk masyarakat,” tegasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >