Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Populariti Biden di tahap terendah

Nov 8, 2023 | 2:48 PM
POPULARITI MEROSOT: Tinjauan pendapat baru-baru ini menunjukkan penerimaan rakyat Amerika Syarikat terhadap Presiden Joe Biden merosot berbanding bulan-bulan sebelumnya.
POPULARITI MEROSOT: Tinjauan pendapat baru-baru ini menunjukkan penerimaan rakyat Amerika Syarikat terhadap Presiden Joe Biden merosot berbanding bulan-bulan sebelumnya. - Foto AFP

WASHINGTON: Populariti presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, merosot bulan ini ke tahap terendah sejak April, menurut tinjauan Reuters/Ipsos.

Data itu menimbulkan kebimbangan mengenai hasrat pemilihan semula Demokrat 2024.

Tinjauan pendapat dua hari menunjukkan 39 peratus responden menerima prestasi Encik Biden sebagai presiden, sama dengan bacaan April, tetapi turun sedikit daripada 40 peratus pada Oktober dan 42 peratus pada September.

Namun, tinjauan pendapat yang mengumpulkan respons dalam talian daripada 1,019 orang dewasa, menggunakan sampel yang mewakili negara, mempunyai margin ralat kira-kira tiga peratusan mata.

Encik Biden dijangka menghadapi saingan semula November 2024, dengan mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump, pendahulu untuk pencalonan Republikan.

Tinjauan baru-baru ini menunjukkan persaingan antara kedua-duanya adalah sengit.

Mereka pernah bersaing dalam pilihan raya 2020.

Responden tinjauan pendapat yang menilai “perang dan konflik asing” sebagai masalah utama, meningkat kepada 8 peratus pada November, daripada 4 peratus pada Oktober – peningkatan mendadak berhubung perang Israel-Hamas.

Kemudian, 9 peratus daripada responden menyebutnya sebagai kebimbangan utama mereka apabila Russia menyerang Ukraine.

Bahagian lebih besar – 20 peratus – berkata ekonomi adalah kebimbangan utama manakala 9 peratus menyebut jenayah dan 7 peratus menyebut alam sekitar.

Ukuran taraf kelulusan awam Encik Biden kekal di bawah 50 peratus sejak Ogos 2021.

Taraf ukuran pada November hampir dengan tahap terendah dalam jawatan presidennya – 36 peratus – pada pertengahan 2022. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg