Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden disiasat simpan dokumen sulit

Oct 10, 2023 | 2:39 PM
DITEMU BUAL PENYIASAT: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden ditemu bual penyiasat ekoran penemuan fail-fail sulit dalam simpannya.
DITEMU BUAL PENYIASAT: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden ditemu bual penyiasat ekoran penemuan fail-fail sulit dalam simpannya. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah disoal siasat sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung pengendaliannya terhadap dokumen sulit selepas beliau meninggalkan jawatan naib presiden pada 2017.

Encik Biden bertemu secara sukarela dengan Penasihat Khas, Encik Robert Hur, di Rumah Putih selama dua hari, kata pegawai.

Encik Hur dilantik selepas siasatan berasingan dilancarkan ke atas dokumen rahsia yang ditemui di rumah mantan Presiden, Encik Donald Trump.

Encik Biden tidak didakwa atas sebarang jenayah. Ia bukan perkara luar biasa bagi presiden untuk disoal siasat oleh penyiasat.

Encik Ian Sams, jurucakap Encik Biden, berkata dalam satu kenyataan bahawa temu bual itu dijalankan sepanjang Ahad dan Isnin.

Ia dilakukan secara peribadi oleh Encik Hur, yang dipilih oleh Peguam Negara, Encik Merrick Garland, untuk mengetuai siasatan.

Dokumen itu ditemui oleh pembantu Encik Biden di pejabat yang digunakannya selepas meninggalkan jawatan naib presiden dan sebelum beliau melancarkan pencalonan sebagai Presiden.

Kumpulan pertama dokumen sulit telah ditemui pada 2 November di Pusat Penn Biden, sebuah badan pemikir yang diasaskan oleh presiden di Washington DC.

Kumpulan rekod kedua ditemui pada 20 Disember di garaj di rumahnya di Wilmington, manakala satu lagi dokumen ditemui di ruang simpanan di rumah itu pada 12 Januari, kata peguamnya pada masa itu.

Tidak jelas mengapa Encik Biden menyimpannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg