Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prabowo bakal lawat lima negara bagi majukan kepentingan Indonesia

Nov 7, 2024 | 1:32 PM
Presiden Prabowo Subianto akan berusaha memajukan kepentingan Indonesia semasa lawatannya ke luar negara.
Presiden Prabowo Subianto akan berusaha memajukan kepentingan Indonesia semasa lawatannya ke luar negara. - Foto AFP

JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto akan berusaha memajukan kepentingan negara semasa lawatannya ke luar negara apabila beliau dijadualkan menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) dan Kumpulan G20 serta melawat beberapa negara.

Dalam siri lawatannya itu, beliau akan menghadiri Sidang Puncak Apec di Peru dan Sidang Puncak G20 di Brazil, dan meneruskan lawatan negara ke China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Beliau juga telah menerima jemputan untuk lawatan dari negara G7.

“Saya tidak boleh mengelak jemputan antarabangsa ini kerana ia mempunyai nilai strategik dan berkaitan dengan keadaan ekonomi kita,” katanya pada mesyuarat pleno Kabinet di Pejabat Presiden, Jakarta, pada 6 November.

Menurut Presiden Prabowo, beliau menerima jemputan itu kerana Indonesia mesti menyertai rundingan di setiap forum antarabangsa.

Beliau berkata Indonesia perlu meneroka potensi sedia ada serta merungkaikan masalah penting dan strategik dengan kumpulan negara yang boleh dianggap sebagai blok ekonomi penting, untuk kelestarian ekonomi Indonesia.

Perjalanan beliau ke luar negara dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setengah bulan.

Semasa Presiden berada di luar negara, Naib Presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka, akan jalankan tugasnya itu.

Dalam mesyuarat pleno itu, Encik Prabowo meminta anggota Kabinet supaya tidak teragak-agak menghubunginya melalui panggilan video ketika beliau berada di luar negara bagi membincangkan perkara penting.

“Jika anda sudah sampaikan isu itu kepada menteri penyelaras tetapi masih mahu menjelaskannya kepada saya, jangan teragak-agak untuk hubungi saya. Boleh hubungi saya terus,” ujarnya.

Beliau menegaskan presiden dan menteri adalah rakan sekerja yang berkhidmat untuk rakyat. Justeru, beliau meminta para menteri meninggalkan protokol dan amalan feudal.

Mesyuarat pleno itu adalah mesyuarat kedua seumpamanya sejak beliau dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia. Mesyuarat Kabinet pertama diadakan pada 23 Oktober 2024, tiga hari selepas pelantikannya.

Menurut penganalisis, lawatan sulung beliau ke lima negara – dari timur ke barat dan utara ke selatan – adalah petanda jelas bahawa Jakarta merancang kembali memainkan peranan di pentas dunia sebagai pemain utama. Ia menandakan peralihan ke arah dasar luar yang lebih tegas, kata penganalisis. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg