Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo cuba pujuk parti lawan sertai gabungan pemerintahnya

Mar 25, 2024 | 02:54 PM



JAKARTA: Presiden terpilih, Encik Prabowo Subianto, giat menghubungi parti politik yang menyokong bekas pesaingnya dalam usaha membina pakatan pemerintah yang besar.


Menurut pengiraan akhir Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), Encik Prabowo dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan anak sulung Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, memenangi perebutan jawatan presiden selepas memperoleh 96.2 juta undi, atau 58.6 peratus daripada undi yang sah.


Lawan beliau, pasangan Encik Anies Baswedan dan Encik Muhaimin Iskandar serta pasangan Encik Ganjar Pranowo dan Encik Mahfud MD masing-masing ketinggalan dengan 41 juta undi dan 27 juta undi.


Berikutan pengumuman keputusan rasmi pilihan raya presiden 2024, penyandang menteri pertahanan itu sedang berusaha untuk membina gabungan pemerintah yang terdiri daripada majoriti besar dalam badan perundangan dalam usahanya memastikan pemerintahan yang stabil, menurut Encik Ahmad Muzani, timbalan pengerusi pasukan kempen Encik Prabowo.

“Kami akan meneruskan usaha untuk membentuk gabungan besar dengan pelbagai parti politik di Senayan,” katanya pada 20 Mac, merujuk kepada Dewan Parlimen. “Komunikasi sedemikian kini sedang dijalankan,” ujar Encik Ahmad, yang juga setiausaha agung Parti Gerindra pimpinan Encik Prabowo.


Beliau juga berkata, rundingan telah berjalan “positif”, tetapi tidak memberikan sebarang butiran mengenai pihak mana yang telah dihubungi oleh kem Encik Prabowo, lapor The Jakarta Post.


Walaupun meraih kemenangan besar sebagai presiden, Encik Prabowo gagal meraih kemenangan bersih dalam pilihan raya perundangan. Parti Gerindra peroleh jumlah undian ketiga tertinggi, ketinggalan di belakang pesaingnya, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan sekutunya, Parti Golkar yang masing-masing di tempat pertama dan kedua.

Empat parti yang menyokong Encik Prabowo – iaitu Gerindra, Golkar, Parti Demokrat dan Parti Amanat Nasional (PAN) – hanya memperoleh kira-kira 43 peratus daripada keseluruhan 580 kerusi Dewan Rakyat. Keadaan ini berpotensi menimbulkan cabaran kepada bakal presiden dalam melaksanakan dasar masa depan.

Penganalisis percaya bahawa Encik Prabowo perlu menarik satu atau dua parti lain daripada kem yang bertelagah ke dalam gabungannya untuk mengukuhkan kedudukannya dan membenarkan pentadbirannya memerintah secara berkesan dengan majoriti dalam badan perundangan.

Kedua-dua lawan Encik Prabowo dalam pilihan raya presiden, tidak mengaku kalah.


Tetapi, sementara mereka telah memfailkan cabaran undang-undang di Mahkamah Perlembagaan untuk mencabar kemenangan Encik Prabowo, beberapa parti politik penyokong mereka mula menyanyikan lagu yang berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >