Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prabowo ikrar kesinambungan dalam perbincangan dengan Xi

Selepas China, Encik Prabowo kini sedang melakukan lawatan dua hari ke Jepun
Apr 02, 2024 | 01:18 PM



JAKARTA: Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, memberitahu Presiden China, Encik Xi Jinping, pada 1 April bahawa beliau bertekad untuk membina pencapaian Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dengan China, sebagai “asas” untuk programnya, sebaik sahaja beliau menjadi presiden kelapan Indonesia.


Encik Prabowo mengadakan rundingan tertutup dengan Presiden Xi di Dewan Besar di Beijing pada 1 April, dalam apa yang disifatkan sebagai lawatan praperasmian luar biasa, lawatan ke luar negara pertamanya sejak meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Februari.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya ingin meneruskan dasar Presiden Jokowi,” ungkap Encik Prabowo kepada Presiden Xi, dalam klip video yang disiarkan oleh CCTV.

“Saya berazam untuk menggunakan semua pencapaiannya sebagai asas kepada program saya. Saya menyokong penuh hubungan yang lebih erat dan berkualiti antara China dan Indonesia,” lapor The Jakarta Post.


Encik Prabowo melakukan lawatan tiga hari ke China atas undangan Presiden Xi, hampir dua minggu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) mengesahkan kemenangan besar Encik Prabowo dalam Pilihan Raya Presiden itu.

Encik Prabowo tidak akan mengangkat sumpah sehingga Oktober, menanti hasil cabaran terhadap keputusan Pilihan Raya itu di Mahkamah Perlembagaan.

Bagaimanapun, itu tidak menghentikan gelombang ucapan tahniah dari seluruh dunia, termasuk dari Amerika Syarikat dan China, atas kemenangan Encik Prabowo.

Sementara itu, presiden yang baru dipilih itu kini sedang melakukan lawatan dua hari ke Jepun mulai 2 April, di mana beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Encik Fumio Kishida, dan beberapa pegawai pemerintah yang lain.

Jepun dan Indonesia adalah rakan strategik komprehensif yang berkongsi prinsip dan nilai asas.

Lawatan Encik Prabowo kali ini diharapkan akan meningkatkan lagi kerjasama dua hala yang erat dalam pelbagai bidang, kata ketua setiausaha Kabinet Jepun, Encik Yoshimasa Hayashi, pada sidang akhbar pada 1 April.

Encik Prabowo, bekas komander pasukan khas dan kini memegang jawatan Menteri Pertahanan, juga dijadualkan bertemu dengan Menteri Pertahanan Jepun, Encik Minoru Kihara, lapor agensi berita Jepun, Jiji.


Pada 2021, Encik Prabowo dan Menteri Ehwal Luar, Cik Retno Marsudi, menandatangani perjanjian untuk memudahkan pemindahan peralatan pertahanan dalam pertemuan dengan rakan sejawatan Jepun mereka.

Ketika itu Jepun berusaha untuk mengembangkan kerjasama ketenteraan dan ekonomi dengan negara-negara Asia Tenggara untuk menentang penguasaan China. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >