JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, memberi jaminan bahawa ekonomi negara itu kekal stabil dan kukuh meskipun nilai rupiah terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat susulan ketidaktentuan global dan konflik di Asia Barat.

Ketika berucap semasa lawatan ke Nganjuk, Jawa Timur pada 16 Mei, Encik Prabowo berkata rakyat biasa terutama di kawasan luar bandar tidak terlalu terkesan dengan turun naik mata wang asing kerana kehidupan harian mereka lebih bergantung kepada keperluan asas.