Indonesia sasar penjimatan 80 trilion rupiah lindungi ekonomi susulan perang Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia sasar penjimatan 80 trilion rupiah lindungi ekonomi susulan perang Timur Tengah

Pemerintah sedang lakukan segala usaha kurangkan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga serta memperluas tenaga boleh diperbaharui
Mar 23, 2026 | 2:37 PM

Indonesia sasar penjimatan 80 trilion rupiah lindungi ekonomi susulan perang Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang pekerja stesen minyak mengisi tangki kenderaan di sebuah stesen minyak di Banda Aceh, Indonesia, pada 13 Mac 2026. Institut penyelidikan bukan pemerintah, Pusat Kajian Dasar Prasasti (Prasasti), menyatakan bahawa konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel berpotensi menjejaskan kedudukan fiskal pemerintah Indonesia, khususnya melalui mekanisme subsidi tenaga.
Seorang pekerja stesen minyak mengisi tangki kenderaan di sebuah stesen minyak di Banda Aceh, Indonesia, pada 13 Mac 2026. Institut penyelidikan bukan pemerintah, Pusat Kajian Dasar Prasasti (Prasasti), menyatakan bahawa konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel berpotensi menjejaskan kedudukan fiskal pemerintah Indonesia, khususnya melalui mekanisme subsidi tenaga. - Foto EPA

JAKARTA: Indonesia menyasarkan penjimatan sehingga 80 trilion rupiah ($6 billion) bagi mengurangkan kesan ekonomi susulan konflik Asia Barat.

Presiden Prabowo Subianto berkata pemerintah sedang “melakukan segala usaha” untuk mengurangkan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga serta memperluaskan tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga solar. “Masih banyak langkah penjimatan lain yang boleh kita laksanakan,” katanya.

Cadangan penjimatan itu dikemukakan oleh jurucakap presiden, Encik Prasetyo Hadi, dan kemudian disahkan oleh pihak istana pada 23 Mac, namun beliau tidak memperincikan sumber penjimatan tersebut.

Dalam usaha mengekang penggunaan bahan api domestik, pemerintah turut mempertimbangkan pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) sehari seminggu bagi kakitangan pemerintah dan sebahagian sektor awam.

Langkah ini dilihat sebagai respons kepada kenaikan harga minyak global susulan konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, yang pada satu ketika melepasi paras AS$100 ($127) setong, jauh lebih tinggi daripada anggaran pemerintah sekitar AS$70.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, berkata langkah itu berpotensi mengurangkan penggunaan bahan api negara sehingga 20 peratus, terutama melalui pengurangan perjalanan harian ke tempat kerja.

Encik Prasetyo memaklumkan dasar tersebut sedang dimuktamadkan dan dijangka diumumkan kepada umum dalam masa terdekat, berkemungkinan selepas sambutan Aidilfitri, bergantung kepada keadaan pasaran tenaga global.

Walaupun langkah penjimatan diperkenalkan, pemerintah menegaskan bahawa program makanan percuma yang menjadi agenda utama Encik Prabowo, dengan peruntukan AS$19.7 bilion bagi 2026, tidak akan terjejas.

Selain itu, dasar subsidi bahan api juga akan diteruskan. Subsidi tersebut merangkumi sekitar 30 hingga 40 peratus kos pengguna dan menyumbang kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan belanjawan negara.

Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi lebih luas Encik Prabowo untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi daripada 5.1 peratus pada 2025 kepada 8 peratus menjelang 2029, melalui peningkatan perbelanjaan awam. Indonesia menyasarkan pertumbuhan ekonomi antara 5.4 hingga 5.6 peratus pada tahun 2026.

Setakat ini, Indonesia belum menyaksikan situasi beratur panjang di stesen minyak seperti yang berlaku di beberapa negara jiran, walaupun harga minyak global meningkat.

Namun, pelaksanaan kerja dari rumah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan perniagaan yang bergantung kepada mobiliti harian. Pengurangan pergerakan pekerja dijangka memberi kesan kepada sektor pengangkutan awam, perkhidmatan e-hailing serta perniagaan kecil, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) seperti penjaja makanan di kawasan pejabat.

Penurunan jumlah pelanggan harian boleh menjejas pendapatan peniaga kecil dan sektor tidak formal, sekali gus memberi kesan rantaian kepada ekonomi domestik.

Penganalisis turut memberi amaran bahawa pengurangan mobiliti boleh melemahkan perbelanjaan isi rumah, yang selama ini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Dalam perkembangan berasingan, pemerintah juga merancang pengurangan perbelanjaan kementerian dan agensi, termasuk kos perjalanan rasmi dan pembelian peralatan.

Seorang pakar ekonomi, Encik Sarman, menegaskan bahawa langkah penjimatan perlu dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelakkan gangguan terhadap produktiviti domestik. “Pemerintah perlu menjangka kesan ekonomi daripada dasar ini supaya pertumbuhan negara tidak menyimpang jauh daripada sasaran,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg