Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden baru Sri Lanka dipilih 20 Jul

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Parlimen Sri Lanka dijadual bersidang semula esok dengan presiden baru akan dipilih pada 20 Julai, kata Speaker Parlimen negara itu.



"Pencalonan bagi presiden baru akan dibentangkan ke Parlimen pada 19 Julai. Pada 20 Julai, Parlimen akan mengundi untuk memilih presiden baru," kata Speaker Parlimen, Encik Mahinda Yapa Abeywardena, dalam satu kenyataan.



"Semasa mesyuarat pemimpin parti, telah dipersetujui bahawa perkara ini adalah penting untuk memastikan pemerintah semua parti yang baru diwujudkan mengikut Perlembagaan dan untuk mengendalikan khidmat penting."



Sementara itu, pemerintah Sri Lanka semalam mengisytiharkan darurat tanpa batas di seluruh negara, beberapa jam selepas presiden negara itu, Encik Gotabaya Rajapaksa, meninggalkan negara itu, umum pejabat perdana menteri.



"Memandangkan presiden telah berada di luar negara, darurat telah diisytiharkan untuk menangani situasi di negara ini," kata Encik Dinouk Colombage, jurucakap Perdana Menteri, Encik Ranil Wickremesinghe. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >