Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden China puji usaha negara lawan Covid-19, lahir sokong sektor swasta

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping (gambar), memuji usaha Parti Komunis China melawan Covid-19 ketika kongres parti itu, selain mengulangi sokongan kepada sektor swasta dan membenarkan pasaran memainkan peranan penting meskipun China sedang membuat pindaan pada 'sistem ekonomi sosialis'.



Dalam ucapannya di awal kongres itu, Encik Xi turut memuji tindakan parti itu yang berjaya mengawal situasi di Hong Kong, yang digegarkan dengan protes antipemerintah pada 2019.



Kongres yang diadakan dua kali dalam 10 tahun membabitkan 2,300 perwakilan dari seluruh China, bermula di Dewan Rakyat Agung di barat Medan Tiananmen dengan kawalan keselamatan ketat di ibu negara China.



Dalam kongres itu, Encik Xi mempertahankan jawatan Setiausaha Agung Parti Komunis China buat kali ketiga dan memperkukuh kedudukannya sebagai pemimpin China paling berkuasa selepas Mao Zedong.



Berhubung isu Taiwan, Encik Xi berikrar China "tidak akan sekali-kali berhenti menggunakan kekerasan" apabila ia melibatkan isu berhubung wilayah itu.



"Kami akan berpegang kepada mengusahakan prospek penyatuan semula yang aman dengan penuh keikhlasan serta amat bersungguh-sungguh tetapi tidak akan sekali-kali berhenti menggunakan kekerasan dan malah, membuat pilihan bagi mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan," kata Encik Xi kepada para delegasi di Dewan Besar Rakyat.



Perwakilan yang memakai pelitup muka berwarna biru menyambut ucapan itu dengan tepukan gemuruh.



Encik Jinping berkata, parti itu yang memiliki 96 juta ahli, "telah menang dalam pertempuran terbesar menentang kemiskinan dalam sejarah manusia".



Sepanjang berkuasa, Encik Jinping, 69 tahun, terus meletakkan China di atas landasan pemerintahan secara autoritarian yang mengutamakan keselamatan, kawalan ekonomi demi 'kemakmuran bersama', diplomasi yang lebih tegas, ketenteraan yang lebih kuat dan meningkatkan tekanan untuk menawan Taiwan.



Kongres tersebut dirasmikan dengan laporan penuh yang disampaikan oleh Encik Xi, yang disiarkan di televisyen. Ucapan itu juga membentangkan pencapaian parti tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menggariskan keutamaan seterusnya bagi lima tahun akan datang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >