Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden janji siasatan penuh tragedi Halloween

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Encik Han Duck-soo semalam menjanjikan siasatan menyeluruh ke atas kejadian Halloween hujung minggu lalu yang mengorbankan lebih 150 orang di ibu negara Seoul dan menjerumuskan negara itu ke dalam tempoh berkabung selama seminggu.



Pegawai berkata angka kematian meningkat semalaman kepada 154 dengan 149 cedera, 33 daripadanya dalam keadaan serius. Rakyat dari sekurang-kurangnya dua dozen negara merupakan antara yang maut.



Berpuluh-puluh ribu pengunjung parti telah berkerumun di jalan-jalan dan lorong-lorong sempit di daerah Itaewon yang popular di Seoul Sabtu lalu bagi perayaan Halloween, yang diadakan hampir tanpa sekatan dalam tempoh tiga tahun. Ramai daripada mereka yang bersuka ria berusia belasan atau dua puluhan tahun dan berpakaian kostum.



Tetapi huru-hara tercetus apabila orang ramai memasuki sebuah lorong yang sempit dan landai, walaupun selepas ia sudah sesak, kata saksi.



Pagi semalam, orang ramai meletakkan bunga kekwa putih, minuman dan lilin di sebuah pentas kecil di luar susur keluar stesen kereta api bawah tanah Itaewon, berhampiran lokasi kejadian itu.



"Tidak kira bagaimana mereka mati, atau mengapa mereka mati. Mangsa semuanya berusia sebaya cucu saya, mereka semua mati," kata Encik Jung Si-hoon, seorang pesara dan seorang penatua gereja.



"Apa lagi yang perlu kami katakan? Kita harus mendoakan mereka dan berharap mereka berehat dengan tenang."



Kedai dan kafe berhampiran ditutup dan polis mengepung lokasi kejadian, yang berselerak dengan sampah.



Sekolah, tadika dan syarikat di seluruh negara membatalkan acara Halloween yang dirancang. Konsert K-pop dan taklimat pemerintah juga dibatalkan.



"Pemerintah akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kemalangan ini dan melakukan yang terbaik untuk membuat perubahan institusi yang diperlukan supaya kemalangan seperti itu tidak berulang," kata Encik Han ketika pegawai kerajaan bertemu untuk membincangkan bencana itu.



"Pengenalpastian telah selesai untuk kesemua 154 yang mati kecuali seorang, dan saya percaya sudah tiba masanya untuk langkah susulan seperti prosedur pengebumian dijalankan secara bersungguh-sungguh," kata Encik Han. "Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan sokongan yang diperlukan dengan mencerminkan pendapat keluarga mangsa sebaik mungkin."



Encik Han berkata terdapat insiden individu yang menyebarkan ucapan kebencian dengan menyalahkan mangsa, serta menyebarkan maklumat palsu dan menyiarkan adegan mengganggu kejadian itu dalam talian. Seorang pegawai Agensi Polis Negara berkata mereka sedang menyiasat enam kes berkaitan.



Presiden Yoon Suk-yeol, yang telah mengisytiharkan tempoh berkabung negara dan menetapkan Itaewon sebagai zon bencana, semalam melawat pentas peringatan berhampiran dewan bandar Seoul dan memberi penghormatan kepada mangsa, kata pejabatnya.



Bencana itu berlaku sedang Itaewon, simbol kegiatan malam yang bertenaga di ibu kota Korea Selatan sejak beberapa dekad, mula berkembang pesat selepas lebih dua tahun dikenakan sekatan Covid-19, dengan restoran dan kedai bergaya menggantikan kedai-kedai yang malap.



Bencana itu adalah yang paling dahsyat di Korea Selatan sejak sebuah feri karam pada 2014 yang mengorbankan 304 orang, kebanyakannya pelajar sekolah menengah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >