Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Palestin lawat Turkey

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



ANKARA (Turkey): Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas, kini berada di Turkey bagi lawatan rasmi.



Ia merupakan lawatan kedua Encik Abas ke negara itu, tahun ini.



Dalam pertemuan mereka, kedua-dua Encik Abbas dan Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan rundingan menyentuh hubungan dua hala.



"Saya ingin mengulangi rasa terima kasih bahawasanya rakyat Turkey dan pemerintah Turkey berada di sisi Palestin," katanya dalam ucapan kepada pihak media, kelmarin.



Dalam pada itu, Encik Erdogan menyatakan hubungan penuh diplomatik Turkey-Israel yang kembali terjalin tidak bermakna sokongan terhadap Palestine menjadi lemah.



"Kami telah menunjukkan respons kami terhadap serangan Israel dan bantuan untuk orang awam yang menjadi mangsa," katanya.



Lawatan Encik Abbas dilihat sebagai usaha Turkey menunjukkan bahawa ia kekal berada di samping sekutu lamanya itu sedang ia memperbaiki hubungan dengan negara pesaing.



Sementara itu, lebih 4,500 tahanan Palestin di penjara Israel akan mengadakan mogok lapar minggu ini dan enggan hadir sesi 'pemeriksaan keselamatan' bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara.



Menurut Agensi Berita Jordan (Petra), Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, mogok lapar akan diadakan pada Isnin dan Rabu secara berperingkat bagi tempoh dua minggu akan datang, sebelum membabitkan semua tahanan Palestin. -- AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >