TAIPEI: PRESIDEN Taiwan, Cik Tsai Ing-Wen, meletak jawatan sebagai ketua Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah berikutan kekalahan pada pilihan raya tempatan pada Sabtu (26 Nov).
Pengundi memilih Parti Nasionalis pembangkang dalam beberapa pilihan raya utama di seluruh Taiwan.
Kebimbangan mengenai ancaman daripada saingan China mendominasi dalam pilihan raya itu berbanding isu tempatan.
Cik Tsai telah bercakap banyak kali tentang “menentang China dan mempertahankan Taiwan” semasa berkempen untuk partinya.
Tetapi calon parti itu, Chen Shih-Chung, yang tewas dalam perebutan jawatan Datuk Bandar Taipei, hanya membangkitkan isu ancaman Parti Komunis China beberapa kali sebelum beralih semula kepada isu tempatan kerana terdapat minat yang tidak banyak.
Calon Parti Nasionalis memenangi kerusi Datuk Bandar di Taipei serta di Taoyuan, Taichung dan bandar New Taipei.
Warga Taiwan memilih datuk bandar, anggota Majlis Bandar Raya dan pemimpin tempatan lain di semua 13 daerah dan di sembilan bandar.
Kekalahan bagi DPP yang memerintah mungkin sebahagiannya disebabkan oleh cara ia menangani wabak Covid-19. – Agensi berita.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
28
0
Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen letak jawatan sebagai ketua parti
Nov 27, 2022 | 02:20 PM