Topik diikuti
Pergi ke BHkuPresiden Trump tiba di China bagi pertemuan tiga hala bersejarah dengan pemimpin China, Russia
Presiden Trump tiba di China bagi pertemuan tiga hala bersejarah dengan pemimpin China, Russia
Presiden Trump tiba di China bagi pertemuan tiga hala bersejarah dengan pemimpin China, Russia
SHENZHEN: Presiden China, Encik Xi Jinping, menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoan pada 18 November.
Ketibaan Encik Trump disambut dengan penuh warna-warni, termasuk kibaran bendera kebangsaan China dan Amerika , sebelum kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan.
Encik Trump berada di bandar Shenzhen, selatan China, bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-33 pada 18 dan 19 November.
Beliau dijangka mengadakan pertemuan tiga hala bersama Encik Xi dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, di luar sidang kemuncak Mesyuarat Pemimpin Apec.
Ketiga-tiga pemimpin akan membincangkan berkenaan “keamanan dunia” apabila mereka mengadakan sidang kemuncak tiga hala pertama pada 19 November, kata kementerian luar negeri China dalam kenyataan ringkas pada 16 November. – Agensi berita