Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Profil keselamatan baik bagi ujian kajian vaksin Pfizer-BioNTech

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengeluarkan dokumen yang mengesahkan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 selamat dan berkesan, sekali gus meningkatkan keyakinan badan kawal selia negara itu memberi kebenaran penggunaan kecemasan (EUA).



Ini selepas Britain menjadi negara pertama yang meluluskan vaksin itu minggu lalu.



Keputusan ujian klinikal kajian fasa tiga vaksin BNT162b2 dibangunkan oleh Pfizer dan syarikat farmaseutikal Jerman, BioNTech, bermula Julai lalu dengan melibatkan 43,661 peserta di 150 lokasi di seluruh dunia.



Data menunjukkan 95 peratus kadar keberkesanan selepas tujuh hari pengambilan dos kedua seperti yang dilakukan dalam percubaan klinikal fasa kedua.



Menurut dokumen FDA, data daripada 38,000 peserta yang terlibat dalam kajian ujian percubaan menunjukkan profil keselamatan yang baik, tanpa ada masalah keselamatan dikenal pasti untuk menghalang pengeluaran EUA.



Ia juga melaporkan bahawa keberkesanan vaksin untuk mencegah Covid-19 adalah 95 peratus, merangkumi semua kumpulan umur, jantina, kaum serta individu yang berisiko tinggi.



FDA juga berkata lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan bukti bahawa vaksin itu dapat menawarkan perlindungan selepas suntikan pertama daripada dua dos dan berfungsi kepada pesakit yang dijangkiti Covid-19.



Berdasarkan data yang dikumpul menerusi hasil ujian melibatkan 43,000 sukarelawan termasuk individu dewasa dan remaja pula, kesan sampingan yang paling biasa dikesan adalah reaksi tapak suntikan (84 peratus), keletihan (63 peratus), sakit kepala (55 peratus), sakit otot (38 peratus), menggigil (31 peratus), sakit sendi (23.6 peratus) dan demam (14 peratus).



Jawatankuasa bebas yang bertindak sebagai kumpulan penasihat itu juga akan mempertimbang kajian tambahan apa yang perlu dibuat oleh pengeluar vaksin selepas dikeluarkan EUA.



FDA tidak memilih untuk segera menawarkan vaksin kepada pesakit Covid-19 dalam kumpulan 'placebo', yang ketika ini menjadi antara topik perbincangan hangat dalam komuniti saintifik.



Pada 11 Disember lalu FDA memberi kebenaran pertama bagi penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 kepada Pfizer-BioNTech.



FDA menetapkan sasaran 50 peratus bagi para pencipta vaksin yang mahu mendapatkan kelulusan bagi kegunaan darurat, meskipun sebilangan besar pakar mengharapkan tahap keberkesanan setinggi 70 peratus atau lebih daripada itu.



Hasil ujian yang diperolehi vaksin Pfizer-BioNTech dengan mudah melepasi sasaran tersebut.



Menurut akhbar The New York Times, Pfizer dan BioNTech tidak mendokumenkan sebarang kebimbangan keselamatan yang serius daripada penggunaan vaksin mereka berdasarkan ujian klinikal tersebut.



Sungguhpun demikian, pihak berkuasa jagaan kesihatan di Britain menyatakan terdapat dua laporan kes anafilaksis dan satu laporan mengenai kemungkinan berlaku alahan sejak suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dijalankan.



Anafilaksis adalah reaksi alahan terhadap ubat atau makanan yang boleh memudaratkan atau bahkan mengancam nyawa.



Sejak itu, pencipta vaksin menasihatkan sesiapa saja yang mempunyai sejarah tindak balas anafilaksis terhadap sesuatu vaksin, ubat atau makanan, supaya jangan mendapatkan suntikan vaksin.



AS menjadi negara keenam memberi lampu hijau kepada vaksin keluaran Pfizer.



Singapura meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dan dijangka menerima bekalan pertama menjelang akhir Disember, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Canada sebelum ini meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech beberapa hari selepas Britain menjadi negara pertama yang memberi lampu hijau dan melancarkannya.



AS merancang memberi vaksin kepada lebih 20 juta penduduknya bulan depan dan kemudian 25 hingga 30 juta orang setiap bulan.



Ia telah mula diagihkan ke hospital dan pelbagai tempat di seluruh AS bermula Isnin lalu.



Vaksin yang dibawa dari kilang Pfizer di Kalamazoo, Michigan, itu disimpan di dalam beberapa kotak yang mengandungi ais kering yang mampu mengekalkan suhu -70 darjah Celsius iaitu paras suhu yang diperlukan untuk memastikan vaksin tersebut boleh digunakan.



Pfizer juga sudah menyerahkan hasil ujian vaksin Covid-19 kepada pihak berkuasa kesihatan Brazil.



Ia adalah langkah penting untuk mendapat kelulusan dan mendaftarkan vaksin berkenaan sebelum boleh diedarkan di Brazil. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >