Projek prasarana Trump mungkin dikait rombakan cukai, pelan kesihatan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengaitkan pakej pelan prasarana AS$1 trilion ($1.4 trilion) dengan rang undang-undang penjagaan kesihatan atau pembaharuan cukai sebagai insentif bagi mendapatkan sokongan daripada anggota Dewan Perwakilan dan Senat, terutama anggota Demokrat.

Encik Trump juga berkata dalam satu wawancara dengan akhbar New York Times beliau mungkin mempercepat pembentangan rancangan untuk membangunkan semula jalan raya, jambatan dan terowong di negara itu, yang dijangka dibentangkan lewat tahun ini.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan