Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Protes kehadiran Russia kian reda jelang sidang puncak G20 di Bali

Jul 11, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI pengerusi Kumpulan 20 (G20), Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), perlu menangani desakan sebilangan negara Barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) agar Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tidak diundang bagi sidang puncak kumpulan itu di Bali pada November ini.



Ini setelah mereka menentang keras tindakan Russia menceroboh negara jirannya, Ukraine, dengan alasan melakukan "operasi ketenteraan khas".



Pihak Barat dan sebilangan besar negara dunia lain mengutuk serangan itu dengan menyatakan tindakan itu tidak wajar sama sekali, selain pencerobohan sebuah negara berdaulat adalah bertentangan dengan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Namun ada negara anggota kumpulan itu seperti Russia sendiri dan China menolak desakan tersebut sambil menegaskan G20 merupakan wadah ekonomi, dan bukan politik.



Indonesia mengambil alih jawatan pengerusi G20 daripada Italy pada Disember lalu.



Anggota kumpulan itu adalah: Argentina, Australia, Brazil, Canada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Italy, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Russia, Arab Saudi, Africa Selatan, Turkey, Britain, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).



Ia merupakan gabungan ekonomi utama dunia dengan kumpulan itu membentuk 80 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia; 75 peratus perdagangan global; dan 60 peratus daripada penduduk dunia.



Singapura turut diundang menyertai beberapa mesyuarat peringkat menteri G20 dan juga sidang puncak kumpulan itu di Bali nanti.



Singapura bukan ahli G20, tetapi telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam banyak sidang puncak G20 yang lalu.



Bermula pada 1999 sebagai mesyuarat menteri kewangan dan gabenor bank pusat, G20 telah berkembang menjadi sidang puncak tahunan yang melibatkan ketua negara.



Kumpulan itu mencari usaha dan laluan untuk menggalak pertumbuhan ekonomi global, perdagangan antarabangsa serta pengawalseliaan pasaran kewangan.



Oleh kerana G20 adalah satu forum - dan bukan badan perundangan - perjanjian dan keputusannya tidak mempunyai kesan undang-undang, tetapi ia mempengaruhi dasar negara dan kerjasama global.



Berkaitan penyertaan Russia, walaupun awalnya ada penentangan kuat dan ancaman boikot daripada sebilangan negara yang menentang kehadiran Encik Putin pada puncak G20 pada November nanti, penentangan itu kini tampak lebih reda.



Lebih banyak negara anggota kini dikatakan bersedia menghadiri sidang puncak itu tanpa mengira kehadiran Russia.



Sebilangan pemimpin negara Barat menyatakan ketidakhadiran mereka akan membolehkan China dan Russia menguasai mesyuarat itu - kenyataan yang menimbulkan kemarahan Beijing.



Menjawap, jurucakap Kementerian Luar China mengatakan "G20 perlu mengamalkan multilateralisme sebenar, mencari titik persamaan sambil mengekalkan perbezaan".



Encik Putin belum dapat dipastikan kehadirannya, sementara presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, telah diundang Encik Jokowi untuk menghadiri sidang puncak G20.



Namun, masih terdapat kebimbangan urusan sidang itu masih boleh terganggu, sama seperti mesyuarat gabenor bank pusat G20 dan menteri kewangan awal tahun ini, yang menyaksikan sebilangan negara Barat keluar daripada sidang sebagai bantahan kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >