Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Protes pro-Palestin di universiti AS tidak tunjuk tanda reda

Apr 29, 2024 | 1:30 PM
Para pegawai polis Universiti California Los Angeles (UCLA) meleraikan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Palestin dengan kumpulan pro-Israel pada 28 April.
Para pegawai polis Universiti California Los Angeles (UCLA) meleraikan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Palestin dengan kumpulan pro-Israel pada 28 April. - Foto REUTERS

CALIFORNIA: Bantahan di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda-tanda reda pada hujung minggu ekoran lebih banyak tangkapan dibuat di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dengan pro-Palestin di Universiti California, Los Angeles (UCLA).

Penunjuk perasaan yang menentang pencerobohan Israel ke atas Gaza menuntut gencatan senjata dalam perang antara Israel dengan Hamas dan pelupusan aset universiti dalam syarikat yang terlibat dengan tentera Israel, dan menamatkan bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel.

Berikutan saiz perkhemahan di UCLA semakin meluas sejak kebelakangan ini, golongan penentang terhadap protes oleh pro-Palestin semakin lantang.

Namun, suasana kekal aman sehinggalah pada tengah hari 28 April, apabila mereka bertembung satu sama lain, menjerit dan berbalas tumbukan.

Pengawal keselamatan cuba memastikan kedua-dua belah pihak dipisahkan dan meleraikan pertempuran singkat yang berlaku.

Tunjuk persaan itu melibatkan beberapa orang dari luar universiti.

Anggota Pusat Keadilan Sosial Harriet Tubman merancang untuk menyokong hak pelajar untuk membantah, manakala kumpulan penyokong pelajar Yahudi, dengan kerjasama Majlis Israel-Amerika, merancang untuk menentang kebencian dan anti-Yahudi di kampus.

Sejak dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus di serata Amerika ekoran penahanan lebih 100 orang di Universiti Columbia lebih seminggu lalu.

Sejak itu, ratusan penunjuk perasaan dari California dan Texas hinggalah ke Atlanta dan Boston telah ditangkap kerana mencontohi perkhemahan para pelajar Universiti Columbia untuk menarik perhatian kepada krisis kemanusiaan di Gaza.

Lebih 200 orang telah ditangkap termasuk di Universiti Washington di St Louis.

Jurucakap Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memahami penentangan yang sangat kuat ke atas perang di Gaza. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg