Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU Malaysia: Pertembungan 10 penjuru di Batu

Nov 05, 2022 | 04:35 PM



Kuala Lumpur: Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15.



Calon PKR Encik P Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen itu selaku calon termuda ketika itu, sekali lagi bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili PH.



Sementara itu, bekas Naib Presiden PKR Encik Tian Chua pula yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon Bebas.



Pada PRU-14, Encik Tian Chua menyatakan sokongan kepada Prabakaran yang bertanding kerusi Parlimen Batu selepas beliau hilang kelayakan.



Pertembungan pada kali ini menyaksikan beberapa muka muda baharu membuat penampilan antaranya pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan Cik Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama 'glamour' Cleopatra (Bebas) dan peguam Cik Siti Kasim (Bebas) serta peguam Cik Wan Azliana Wan Adnan daripada Pejuang.



Beberapa nama lain yang turut mencuba nasib kali ini termasuk calon BN Datuk A Kohilan Pillay, Azhar Yahya (PN), P Naganathan (Warisan), Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM). - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >