Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PRU15: PH mesti diberi peluang pertama bentuk kerajaan M'sia, kata 4 bekas presiden Majlis Peguam

Nov 20, 2022 | 04:51 PM



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh kerusi terbanyak pada

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, perlu diberi peluang pertama oleh Yang di-Pertuan

Agong untuk membentuk pemerintah Malaysia.



PH yang memperolehi 82 kerusi mengatasi pencabar terdekatnya, Perikatan Nasional

(PN) menang 72 kerusi mendapat sokongan empat mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, sebuah pertubuhan undang-undang terbesar di Malaysia.



"Parti (termasuk gabungan parti) dengan jumlah kerusi tertinggi akan menjadi yang

pertama dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan.



“Kemudian terserah kepada parti itu untuk mendapatkan parti lain yang bersetuju

bergabung dengan mereka, bagi memperoleh jumlah kerusi yang cukup di Dewan

Rakyat,” kata mantan presiden itu dalam kenyataan bersama.



Mantan presiden tersebut adalah Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Yeo Yang Poh, Encik Christopher Leong and Encik Ragunath Kesavan.



Awal pagi Ahad (20 November), Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa

pihaknya telah menerima surat dari Istana Negara supaya membuat keputusan

secepat mungkin dipercayai merujuk kepada usaha membentuk kerajaan baharu.



Bagaimanapun, presiden Bersatu itu tidak mendedahkan butiran surat itu, sebaliknya

berkata, apa yang diminta Istana itu akan diselesaikan selewatnya petang ini (Ahad).



Kenyataan empat mantan presiden itu turut ditandangangi beberapa aktivis dan

pengamal undang-undang, iaitu Datuk Dr Gurdial S Nijar, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri

Mohamad Ariff Md Yusof, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, Cik Ivy Josiah dan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriots).



Pandangan mereka disokong dengan memetik penghakiman Mahkamah Rayuan dalam krisis perlembagaan di Perak pada 2009 sebagai kes duluan di mana parti politik yang mempunyai majoriti dipanggil untuk membentuk pemerintah.



PH gagal mendapat jumlah minimum 112 untuk membentuk pemerintah secara bersendirian manakal PN sedang cuba membentuk  pemerintah campuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >