Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pulau Pinang masih milik Kedah: Menteri Besar

May 30, 2023 | 03:32 PM



ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.


Beliau berkata Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

“Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentusahkan sempadan Kedah dengan negeri jiran lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.

“Jadi tiada sempadan Kedah Pulau Pinang, sempadan negeri kita (Kedah) dok sebelah balik pulau, dengan Perak mungkin ada... nak ukur kat mana, nak pakai warta (undang-undang) nombor berapa?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis di Wisma Darul Aman di sini pada Isnin.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Datuk Muhammad Sanusi dan Menteri Besar Perlis, Encik Mohd Shukri Ramli, disaksikan Ketua Pengarah JUPEM, Encik Mohammad Zaki Mohd Ghazali dan Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial, yang mewakil Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Muhammad Yasir Yahya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Encik Zepri Saad.

Ditanya adakah Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Datuk Muhammad Sanusi berkata pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah ‘terlepas’ dari Kedah.

“Bukan nak ambil balik, bukan terlepas apa pun, memang hak kita,” katanya.

Dalam pada itu, Kedah dan Perlis memeterai perjanjian persempadanan darat dan maritim antara kedua-dua negeri itu yang membabitkan 44.3 kilometer (km) bagi darat, manakala 5.6km bagi maritim (laut) bersamaan tiga batu nautika.

Datuk Muhammad Sanusi berkata perjanjian yang dimeterai ini melakar sejarah baru antara kedua-dua negeri yang dapat memuktamadkan garis sempadan darat dan laut secara serentak dan sektor yang pertama di Malaysia.

“Menjadi satu lembaran baru kepada Malaysia serta Kedah dan Perlis dalam menjalinkan kerjasama yang lebih produktif pada masa akan datang dapat merancakkan lagi kerjasama sedia ada seperti ekonomi dan penguatkuasaan antara kedua-dua negeri di samping menjana bidang kerjasama baru berimpak tinggi yang akan memanfaatkan rakyat kedua negeri,” katanya.

Sementara itu, Encik Mohd Shukri berkata dengan termeterainya perjanjian persempadanan ini beberapa isu yang dihadapi kerajaan terutama berkenaan hak milik tanah dapat diselesaikan.

“Saya rasa bersyukur kerana banyak masalah di sempadan Perlis dan Kedah dapat diselesaikan khususnya isu tanah yang menjadi perkara sensitif oleh rakyat, isu di Kobah sebelah Kedah, tanah perkuburan di Perlis, jadi isu yang besar kerana meninggal (dunia) di Kedah, kebumi jenazah di Perlis.

“Satu lagi di Kuala Sanglang ketika pandemik Covid-19, apabila persempadanan ini tidak dimeterai dengan muktamad menyebabkan rakyat di sempadan mengambil kesempatan di kedua-dua belah pihak Kedah Perlis, dengan persempadanan ini ia boleh selesai,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >