Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pulau Pinang, Negeri Sembilan di bawah PH-BN; PAS terajui Kelantan; PN tubuh kerajaan di Terengganu

Aug 12, 2023 | 09:10 PM



Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah dijangka menguasai Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan selesa dengan majoriti mudah.

PH-BN mempunyai kelebihan untuk menang di kededua itu, biarpun gabungan itu berdepan tentangan sengit Perikatan Nasional (PN).

Senario di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan PH-BN tidak berdepan masalah untuk membentuk kerajaan negeri dengan rekod prestasi serta pengalaman parti itu dalam mentadbir kerajaan negeri sebelum ini.

Di Pulau Pinang, calon PH daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadlian Rakyat (PKR) dilihat menguasai 21 kerusi majoriti pengundi Cina, selain turut selesa di kawasan bercampur. Sementara itu, calon PN menguasai sekurang-kurangnya enam kerusi setakat akhbar ini dicetak.

Gandingan PH-BN mendahului “perlumbaan” di Pulau Mutiara, yang memiliki 1.2 juta pengundi berdaftar dengan pengundi berusia 18 hingga 39 tahun berjumlah 539,977 orang. Pulau Pinang adalah kerusi selamat untuk PH, memandangkan ia dikuasai masyarakat Cina. Walaupun Pulau Pinang adalah kubu kuat PH, namun kerusi PN di sebelah Seberang Perai bertambah.

Keyakinan Pengerusi PH Negeri Sembilan, yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, dengan gandingan parti Kerajaan Perpaduan itu mampu memperoleh majoriti. 

Majoriti mudah Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ialah 19 kerusi, manakala dua pertiga ialah 24 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan PH dan BN berjaya menundukkan pencabarnya, PN, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Penang Front Party (PFP) dan calon Bebas.

KELANTAN DAN TERENGGANU

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini juga mengekalkan status quo, bermaksud pemerintahan negeri kekal seperti sebelum DUN, iaitu PN kekal menguasai Terengganu dan PAS di Kelantan.

Sekali gus Terengganu dan Kelantan menyaksikan penolakan pengundi terhadap kerjasama politik antara ahli DAP-PH dengan Umno-BN.

Kempen yang bermula sebaik selesai proses penamaan calon pada 29 Julai itu digunakan sepenuhnya calon dengan program bertemu pengundi antaranya di pasar dan kedai makan, malah tidak ketinggalan bertemu jentera di bilik gerakan parti masing-masing.

Dimanfaatkan sebaik mungkin, kempen menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram, X (Twitter) dan TikTok turut dilakukan calon dan jentera parti untuk menyampaikan misi dan visi masing-masing.

Bagi PH-BN, kerjasama dan usaha mereka sebagai kerajaan persekutuan nampaknya memberi kesan kecil kepada pengundi yang tinggal di Kelantan dan Terengganu.

Ini menggambarkan tinjauan Ilham Center pada Julai lalu menunjukkan bahawa hanya satu daripada empat orang Melayu berpuas hati dengan prestasi PH-BN.

Terdapat tanda-tanda bahawa sebilangan besar mereka yang mengundi BN tahun lepas tidak mengundi atau beralih kepada PN.

 PN Terengganu setakat akhbar ini dicetak mendahului semua 32 kerusi DUN.

Sumber BN berkata antara yang kecundang Datuk Seri Dr Ahmad Said di kerusi DUN Kijal yang disandang selama sembilan penggal.

Rasa tidak puas hati terhadap BN ini nampaknya merupakan gabungan rasa tidak senang dengan kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rasa tidak puas hati terhadap kerajaan secara amnya.

Isu air di Kelantan juga tidak mengubah sokongan pengundi negeri itu terhadap PAS-PN kerana rakyat Kelantan mempunyai persepsi bahawa mereka dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat.

Gabungan itu gagal untuk menghalang PN daripada menang semua kerusi di Kelantan seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >