Puluhan dikejarkan ke hospital susulan kebocoran asid nitrik di Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Puluhan dikejarkan ke hospital susulan kebocoran asid nitrik di Indonesia

Feb 5, 2026 | 2:31 PM

Puluhan dikejarkan ke hospital susulan kebocoran asid nitrik di Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Asap tebal berwarna oren itu pertama kali dilaporkan pada 31 Januari di kilang syarikat penyimpanan tangki kimia PT Vopak Terminal Merak.
Asap tebal berwarna oren itu pertama kali dilaporkan pada 31 Januari di kilang syarikat penyimpanan tangki kimia PT Vopak Terminal Merak. - Foto: SOSIAL MEDIA

JAKARTA: Kebocoran asap toksik dari sebuah kilang penyimpanan bahan kimia di daerah perindustrian Cilegon, Banten, telah menyebabkan berpuluh-puluh penduduk jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.

Insiden berkenaan mendedahkan jurang dalam penguatkuasaan keselamatan perindustrian, mendorong pemerintah untuk mengancam tindakan jenayah terhadap pengendali tersebut.

Asap tebal berwarna oren itu pertama kali dilaporkan pada 31 Januari di loji milik syarikat penyimpanan tangki kimia PT Vopak Terminal Merak, anak syarikat berbilang negara Royal Vopak yang berpangkalan di Belanda.

Syarikat tersebut mengendalikan sekitar 80 terminal di seluruh dunia.

Asap berbau busuk itu kemudiannya disahkan sebagai asid nitrik, sejenis asid mineral yang sangat menyesakkan, menyebabkan sekurang-kurangnya 56 orang mengalami penyakit pernafasan.

Sebagai tindak balas, Agensi Alam Sekitar Cilegon memasang penapis udara untuk mencegah kemerosotan kualiti udara selanjutnya di kawasan sekitarnya.

Semasa lawatan ke Cilegon pada 4 Februari, Menteri Alam Sekitar, Encik Hanif Faisol Nurofiq, menyifatkan kejadian itu sebagai “satu bentuk kecuaian korporat”, sambil menambah bahawa pejabatnya masih menilai kesan alam sekitar dan kesihatan awam sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.

Beliau mendakwa pihak pengendali melanggar Undang-undang Alam Sekitar 2009, yang menetapkan hukuman bagi syarikat yang mencemarkan alam sekitar akibat kecuaian, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum sembilan tahun dan denda sehingga 9 bilion rupiah (S$681,000) jika insiden itu mengakibatkan kemudaratan atau kecederaan serius.

“Memandangkan ini berpunca daripada kecuaian dan menjejaskan kesihatan awam, mesti ada tindakan sewajarnya diambil terhadap kesan yang telah disebabkan oleh pihak syarikat,” tambah Encik Hanif.

PT Vopak Terminal Merak menafikan bahawa kejadian itu disebabkan oleh kerosakan atau kebocoran di kemudahannya tetapi akibat tindak balas kimia jangka pendek.

“Maklumat ini tersebar di merata tempat. Sesetengah orang percaya ia disebabkan oleh kebocoran dalam tangki atau paip kami, tetapi kami memberi jaminan bahawa tiada kerosakan langsung,” kata Encik Lubis Mukhron Hakim, pegawai kanan khidmat pelanggan syarikat, pada 4 Februari.

Penyedutan langsung boleh menyebabkan kulit melecur, mata pedih dan jangkitan pernafasan, menurut Cik Yuyun Ismawati, pengerusi bersama Rangkaian Penghapusan Pencemaran Antarabangsa.

Menurutnya, pencemaran mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dikesan menggunakan peralatan pemantauan udara.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya memantau kualiti udara di kawasan terjejas dan menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati terhadap potensi pendedahan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg