Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NAHAS KERETA API DI TIMUR INDIA

Punca, ‘orang yang bertanggungjawab’ dalam nahas kereta api India dikenal pasti: Menteri

Insiden ada kaitan dengan sistem isyarat elektronik; angka kematian dijangka meningkat melebihi 288 orang
Jun 04, 2023 | 05:24 PM



NEW DELHI: Menteri Kereta Api India memaklumkan bahawa punca serta individu bertanggungjawab dalam kemalangan kereta api terburuk di negara itu dalam beberapa dekad sudah dikenal pasti.


Tanpa memberikan butiran lanjut, Encik Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

“Kami telah mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab atasnya,” katanya kepada agensi berita ANI, namun memaklumkan “tidak wajar” untuk memberikan butiran sebelum laporan penyiasatan akhir.


Angka kematian akibat nahas pada Jumaat berhampiran Balasore, di wilayah timur Odisha, dijangka meningkat melebihi 288 orang.

Mr Vaishnaw berkata kemalangan disebabkan perubahan yang berlaku semasa salingan elektronik, istilah teknikal merujuk kepada sistem isyarat kompleks yang direka untuk menghentikan kereta api berlanggar dengan mengatur pergerakan mereka di landasan.

“Sesiapa yang melakukannya dan bagaimana ia berlaku akan diketahui selepas siasatan sewajarnya,” tambahnya.

Terdapat kekeliruan mengenai urutan kejadian yang tepat, namun laporan memetik pegawai kereta api sebagai berkata bahawa ralat isyarat telah menyebabkan Coromandal Express berjalan ke selatan dari Kolkata ke Chennai ke landasan sebelah.


Ia merempuh sebuah kereta api barang dan serpihan itu menggelincirkan sebuah ekspres yang bergerak ke utara dari hab teknologi India, Bengaluru, ke Kolkata yang juga melalui tapak itu.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, ketika melawat lokasi nahas dan penumpang yang ditempatkan di hospital susulan mengalami kecederaan berkata ‘tiada sesiapa yang sepatutnya bertanggungjawab’ akan terlepas.

“Saya berdoa agar kita keluar daripada detik sedih ini secepat mungkin,” katanya kepada penyiar berita pemerintah, Doordarshan.


Pihak berkuasa turut memaklumkan kebanyakan mayat yang dijumpai sukar untuk dikenal pasti dengan situasi itu menyebabkan ramai ahli keluarga yang kecewa kerana hanya dapat mengesan mereka melalui serpihan barang kemas.

“Terdapat mayat yang hanya tinggal tubuh, muka terbakar sepenuhnya, tinggal tengkorak dan tiada lagi identiti yang boleh dikesan,” kata pegawai polis yang bertugas, Encik Ranajit Nayak.

Dalam keadaan cuaca yang panas terik, banyak mayat dipindahkan ke pusat yang lebih besar dan pegawai mencadangkan beberapa mayat dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Usaha menyelamat diumumkan berakhir petang Sabtu selepas kakitangan kecemasan mengeluarkan mangsa terselamat dan meletakkan mayat di atas kain putih di sebelah trek.

“Semua mayat dan penumpang yang cedera dikeluarkan dari lokasi kemalangan,” kata seorang pegawai dari bilik kawalan kecemasan Balasore.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Encik Sudhanshu Sarangi, berkata jumlah kematian ketika ini adalah 288 orang, namun ia dijangka terus meningkat dan berpotensi untuk mencapai 380 orang.

Ketua Setiausaha Negara Odisha, Encik Pradeep Jena, mengesahkan kira-kira 900 orang yang cedera telah dimasukkan ke hospital. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >