RUMAH Putih mahu Korea Utara dan pemimpinnya Kim Jong Un untuk memberi komitmen menyerahkan senjata nuklear di Sidang Puncak dengan Amerika Syarikat di Singapura Selasa ini.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump juga telah dinasihatkan supaya tidak menawarkan sebarang konsesi kepada Encik Kim di Sidang Puncak itu, kata seorang pegawai kepada agensi berita Bloomberg baru-baru ini.