Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Mahkota Saudi, Presiden Iran bincang konflik dalam panggilan telefon

Oct 12, 2023 | 02:23 PM



RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, membincangkan konflik Israel-Palestin dengan Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, dalam perbualan di telefon buat kali pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak perjanjian antara Teheran dengan Riyadh untuk menjalinkan semula hubungan pada Mac lalu.


Media Iran melaporkan, Encik Raisi dan Putera Mohammed berbincang mengenai “keperluan untuk menamatkan jenayah perang ke atas Palestin”.

Putera Mohammed telah menerima panggilan telefon daripada pemimpin Iran itu pada Rabu dan mereka membincangkan “situasi ketenteraan semasa di Gaza dan kawasan sekitarnya”, ujar Agensi Akhbar Saudi (SPA).


Agensi SPA melaporkan Putera Mohammed turut mengulangi penolakan Arab Saudi terhadap tindakan yang menyasarkan orang awam dalam apa cara jua.

Agensi berita Iran, Irna turut melaporkan perkara sama, menyatakan bahawa ke dua-dua pemimpin itu membincangkan “keperluan untuk menamatkan jenayah perang ke atas Palestin.


Sebelum ini, Arab Saudi dan Iran sepakat untuk mewujudkan semula hubungan selepas bertahun-tahun persengketaan yang telah mengancam kestabilan dan keselamatan di kawasan Teluk dan membantu mencetuskan konflik di Asia Barat dari Yaman ke Syria.

Perjanjian itu diuruskan oleh China dan diumumkan selepas empat hari rundingan yang diadakan di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi kedua-dua negara.

Putera Mohammed berkata pihaknya sedang melakukan “usaha tanpa henti” di peringkat serantau dan antarabangsa bagi menghentikan ketegangan yang semakin memuncak dalam peperangan Israel-Hamas.

Dalam perbualan telefonnya pada Rabu dengan Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, beliau menekankan perlunya untuk menghentikan sebarang serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Arab Saudi turut tegas menyokong perjuangan Palestin, dan cubaan untuk mencapai keamanan yang menyeluruh serta adil, katanya.

Pada 10 Oktober, Putera Mohammed turut menghubungi Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, dan memberitahu bahawa beliau berusaha membendung pertempuran daripada menjadi lebih buruk selepas serangan mengejut pejuang Hamas ke atas Israel, menurut media rasmi kerajaan Arab Saudi.

Putera Mohammed juga telah bercakap mengenai krisis melalui telefon dengan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, dan Raja Jordan, Abdullah II, lapor SPA. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >