Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putera Mateen kongsi foto cincin gah bersama tunang

Pasangan itu akan berkahwin dalam acara mewah selama 10 hari bermula minggu depan
Jan 03, 2024 | 02:00 PM



BANDAR SERI BEGAWAN: Putera Abdul Mateen dari Brunei dan tunangnya, Cik Anisha Isa Kalebic, sedang membuat persiapan untuk mengikat tali pertunangan dalam perkahwinan diraja yang gah minggu depan.


Pada malam Tahun Baru, anak lelaki Sultan Hassanal Bolkiah yang berusia 32 tahun itu berkongsi potret pertama pasangan itu, hanya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung selama 10 hari.

“Semoga yang terbaik untuk 2024,” ujar Putera Mateen memberi kapsyen pada foto itu yang menunjukkan pasangan itu berdiri bersama di sebuah balkoni.

Putera Mateen mempamerkan susuk gagah dalam sut biru manakala Cik Anisha tersenyum di sebelahnya dengan pakaian berwarna krim, penuh bergaya.

Cik Anisha juga menyilangkan tangannya di hadapannya, memperlihatkan cincin pertunangan berlian yang besar.

Putera Mateen ialah putera keempat Sultan Brunei dan anak ke-10 dan sering menemani bapanya dalam acara rasmi diraja.

Beliau menghadiri pertabalan Raja Charles dan Ratu Camilla pada Mei lalu dan turut bersama bapanya di pengebumian Ratu Elizabeth pada September 2022.


Putera William dan isteri Kate Middleton mungkin akan menghadiri majlis perkahwinan Putera Mateen kerana Sultan adalah tetamu di majlis perkahwinan pasangan diraja Britain itu pada 2011.


Cik Anisha, yang merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan, Pehin Dato Isa, dilaporkan sudah beberapa tahun berpacaran dengan Putera Mateen.

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan dari 7 hingga 16 Januari. Perayaan itu akan merangkumi upacara Islam pada 11 Januari, majlis resepsi perkahwinan dan perarakan di sekitar ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan, pada 14 Januari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >